Loading...

Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara

Loading...
Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara
link : Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara

Baca juga


Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara

Liya S.

gay


Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan polis mengharamkan penganjuran pesta tarian gay yang dirancang pada 30 September nanti.

Presidennya, Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, pendirian DBKL itu tepat pada masanya memandangkan pesta berkenaan sama sekali bertentangan dengan nilai-nilai murni negara dan melanggar syariat Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.

Katanya, penganjuran pesta tarian itu memberi banyak kesan negatif kepada masyarakat umum negara ini  dan ia tidak mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“MBM menyokong penuh keputusan kerajaan melalui arahan TPM untuk mengharamkan pesta itu dan memastikan ia tidak langsung boleh dianjurkan di negara ini.

“Kita tegas menentang sebarang aktiviti membabitkan golongan tidak bermoral itu kerana ia bakal merosakkan akhlak masyarakat terutamanya golongan belia,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Muaamar Ghadafi lagi, MBM juga menganggap penganjuran pesta tarian gay berkenaan amat bertentangan dengan semua ajaran agama, apatah lagi Islam mengharamkan sebarang bentuk hubungan yang menyalahi tabie.

Ujarnya, Penganjuran pesta haram berkenaan bukan lagi isu kecil yang harus dipandang remeh oleh semua lapisan masyarakat negara ini, malah ia adalah satu bentuk bencana sosial serta moral  yang mesti dibendung sehingga ke akar umbi.

“Pengaruh LGBT perlu dibanteras daripada menular dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini terutamanya golongan muda kerana ia adalah amalan sosial yang tidak munasabah.

“Kita (MBM) sering memantau setiap program yang dianjurkan pelbagai pihak samaada ia memberikan kebaikan atau keburukan kepada golongan belia di negara ini,” katanya.

Beliau juga memuji tindakan segera Jabatan Imigresen Malaysia yang sedia memantau dan menghalang kemasukan warga asing yang berkunjung ke negara ini untuk menyertai pesta tarian gay berkenaan.-SINAR



Thus Article Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara

Itulah artikel Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pesta-tarian-gay-sebuah-bencana-sosial.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pesta Tarian Gay, Sebuah Bencana Sosial Negara"

Catat Ulasan

Loading...