Loading...

1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April

Loading...
1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April
link : 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April

Baca juga


1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April

MALAYSIAKINI




Sebanyak 1,361 kes kemalangan di tempat kerja direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini melibatkan 70 kes maut, kata Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah, Mohd Khairof Fais Abd Raop.

Mohd Khairof Fais berkata daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes melibatkan hilang upaya kekal manakala 1,227 kes tanpa hilang upaya kekal dan kes kemalangan di tempat kerja berpunca daripada kecuaian mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Ketika menyampaikan taklimat dan dialog sempena Kempen Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Binaan di pejabat tapak binaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Papar, beliau berkata pihaknya boleh mengenakan kompaun sehinga RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tiga bulan kepada mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan di tempat kerja.

Kira-kira 30 peserta terdiri daripada kakitangan Borneo Highway PDP Sdn. Bhd (BHP), kontraktor Akif Jaya Sdn. Bhd. dan juruperunding menyertai sesi taklimat dan dialog itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Kejuruteraan BHP, Halim Eksi berkata syarikat Rakan Pelaksana Projek (PDP) lebuh raya tersebut komited untuk melaksanakan empat tonggak Program Transformasi Industri Binaan (CITP).

Empat tonggak tersebut ialah Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme, Kelestarian Alam Sekitar, Produktiviti dan Pengantarabangsaan.

Katanya, BHP akan menjadi contoh dalam melaksanakan amalan terbaik dalam industri binaan.
- Bernama




Thus Article 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April

Itulah artikel 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/1361-kes-kemalangan-di-tempat-kerja-jan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "1,361 kes kemalangan di tempat kerja Jan-April"

Catat Ulasan

Loading...