Loading...

2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut

Loading...
2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut
link : 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut

Baca juga


2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut

JOHOR BAHRU – Dua nelayan dikhuatiri lemas setelah bot yang masing-masing dinaiki mereka terbalik dan karam akibat dipukul ribut kencang di perairan Rambah dan Pontian, dekat sini, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru, Kapten Maritim Syed Nur Adli Ab Rahman berkata dalam dua kejadian berasingan kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Atif Hafifi Abd Manaf, 28, berasal dari Kampung Pesisir Pontian dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Amy berusia 20 tahun berasal dari Sabah.

Dalam kejadian pertama, katanya, Muhammad Atif dan rakannya baru sahaja selesai menangkap ikan apabila angin dan ribut kencang membadai bot mereka sehingga menyebabkan ia terbalik di kedudukan satu kilometer barat Sungai Rambah, Pontian.

Bagaimanapun, rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai manakala Muhammad Atif hilang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian ribut kencang turut mengakibatkan sebuah lagi bot yang membawa empat kru termasuk Amy karam di kedudukan 1.8km barat Sg Pontian Kechil pada waktu yang hampir sama akibat dinaiki air laut.

Tiga yang lain sempat diselamatkan bot nelayan lain yang berada di kawasan terbabit manakala Amy masih dicari pasukan penyelamat,” katanya.

Syed Nur Adli berkata operasi mencari dan menyelamatkan mangsa telah diaktifkan sejurus menerima laporan dengan melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan nelayan tempatan.

Pihak maritim menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan perubahan cuaca dengan merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia apabila turun ke laut selain, menggunakan jaket keselamatan untuk mengurangkan risiko kejadian tidak diinggi. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqPXKI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut

Itulah artikel 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/2-nelayan-dikhuatiri-lemas-bot-dibadai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "2 Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dibadai Ribut"

Catat Ulasan

Loading...