Loading...
Tajuk : 65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027
link : 65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027
65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027
KUALA LUMPUR: Kira-kira 65 peratus pekerjaan sedia ada di negara ini diramal tidak wujud lagi pada 2027.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata Revolusi Industri Keempat atau Era Digital bakal menyaksikan kemajuan dan penggunaan teknologi secara radikal.
Justeru, katanya, pengupayaan bakat dan potensi rakyat Malaysia khususnya tenaga kerja mahir perlu digiatkan.
"Kita nak bernafas pun susah kerana dunia bergerak terlalu laju seiring perubahan ekonomi digital.
"Kerajaan meletakkan harapan tinggi kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Dewan Perniagaan Melayu (DPMM).
"Kita akan mengundang pucuk pimpinan tinggi DPMM berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan selepas itu menemui saya bagi hal berkaitan Unit Perancang Ekonomi (EPU).
"Kita ingin pastikan penggunaan teknologi mampu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti terutama dalam kalangan golongan Bumiputera pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke-51 di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden DPMM, Datuk Mohamad Alayuddin Che Hasan. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7QBN3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027
Itulah artikel 65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/65-pekerjaan-sedia-ada-lenyap-pada-2027.html
0 Response to "65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027"
Catat Ulasan