Loading...
Tajuk : 8 Mayat Disemadikan 632 Hari Disimpan Di Bilik Mayat
link : 8 Mayat Disemadikan 632 Hari Disimpan Di Bilik Mayat
8 Mayat Disemadikan 632 Hari Disimpan Di Bilik Mayat
NEW DELHI – Lapan mayat yang disimpan di bilik mayat sebuah hospital di Manipur India selama 632 hari akhirnya selamat disemadikan, kata seorang pegawai lapor agensi berita China Xinhua.
Upacara persemadian yang diberikan penghormatan negara itu dijalankan pada Rabu.
Kesemua mangsa terbunuh dalam satu insiden bantahan di daerah Churachandpur kira-kira 65 kilometer selatan Imphal, Manipur pada September 2015.
Bantahan itu ekoran tindakan kerajaan tempatan meluluskan tiga rang undang-undang pada 31 Ogos 2015 yang dianggap sebagai ‘anti puak’.
Upacara itu diadakan selepas kerajaan tempatan Manipur dan jawatankuasa penganjur bantahan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 10 Mei.
Penunjuk perasaan menyerang rumah anggota parlimen, menyebabkan beberapa kejadian kebakaran dilaporkan berlaku.
Polis terpaksa bertindak balas dengan melepaskan tembakan menyebabkan sembilan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam keganasan yang berlangsung selama dua hari.
Kawasan Churachandpur dan beberapa kawasan lain yang dikuasai puak Kuki-Zomi menyifatkan rang undang-undang berkenaan sebagai bertentangan dengan kepentingan mereka. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZxem7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 8 Mayat Disemadikan 632 Hari Disimpan Di Bilik Mayat
Itulah artikel 8 Mayat Disemadikan 632 Hari Disimpan Di Bilik Mayat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 8 Mayat Disemadikan 632 Hari Disimpan Di Bilik Mayat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/8-mayat-disemadikan-632-hari-disimpan_25.html
0 Response to "8 Mayat Disemadikan 632 Hari Disimpan Di Bilik Mayat"
Catat Ulasan