Tajuk : 9 Krew TLDM Hanyut Cerita Kongsi Sebotol Air
link : 9 Krew TLDM Hanyut Cerita Kongsi Sebotol Air
9 Krew TLDM Hanyut Cerita Kongsi Sebotol Air
KUANTAN – Hanyut dan terputus hubungan kira-kira jam 50 jam dengan hanya bergantung kepada sebotol botol air sahaja adalah satu pengalaman memeritkan buat anggota bot Boarding Team KD Perdana.
Menceritakan pengalaman itu, Laskar Kanan Komunikasi Mohd Zaidi Rahim, berkata mereka terputus hubungan dengan kapal induk kerana berlaku kekeliruan berikutan banyak bot nelayan asing ketika melakukan rondaan.
“Ia menyebabkan kami terputus hubungan sehingga hanyut ke Pulau Aur… kami hanya menunggu KD Perdana tiba mencari tetapi mereka tidak datang jua.
“Hari pertama kami boleh bertahan lagi tetapi semangat mula menurun apabila hari kedua dan ketiga… kami hanya bergantung kepada air sahaja untuk tenaga.
“Bayangkan kami sembilan orang perlu berkongsi satu botol air… kami mencatu bekalan air kerana bimbang gagal ditemui untuk jangka panjang, ” katanya ditemui di sini, hari ini.
Katanya, selepas tiga hari dihanyutkan mereka terserempak dengan dua kapal nelayan milik warga tempatan tetap anak kapalnya warga asing.
“Hati kami lebih gembira bila dapat berjumpa keluarga tersayang hari ini, macam-macam bermain di fikiran sepanjang tempoh terputus hubungan dan dihanyutkan, ” katanya.
Selain Mohd Zaidi, Laskar Kanan Boarding Team dari kapal KD Perdana ialah Leftenan Mohd Hidir Yusof, LK PAP Mohamad Rabidzi Rodzian, LK PAP Mohd Nurul Shahiran Salwi, LK KOM Mohd Akmalnizam Amdan, LK KOM Suhaimi Shamsudin, Faisal Iskandar, LK I TMK Mohd Fitri Ab Melek dan LK I TMK Zulhusni Sherhutdin.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvKT7j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 9 Krew TLDM Hanyut Cerita Kongsi Sebotol Air
Anda sedang baca artikel 9 Krew TLDM Hanyut Cerita Kongsi Sebotol Air dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/9-krew-tldm-hanyut-cerita-kongsi.html
0 Response to "9 Krew TLDM Hanyut Cerita Kongsi Sebotol Air"
Catat Ulasan