Loading...
Tajuk : Abang Johari Beri Penerangan Bangunkan LRT Di Sarawak
link : Abang Johari Beri Penerangan Bangunkan LRT Di Sarawak
Abang Johari Beri Penerangan Bangunkan LRT Di Sarawak
KUCHING – Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini memberi penerangan rancangan membangunkan Transit Aliran Ringan (LRT) di Sarawak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.
Nancy, menteri yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dan Sabah berkata penerangan tersebut antara perkara dibincangkan dalam pertemuan hampir sejam itu.
“Kunjungan hormat saya ke atas ketua menteri hari ini adalah bagi memberi penerangan mengenai jawatan dan portfolio saya terutama berkaitan dengan Sarawak dari segi pengangkutan awam darat.
“Kita sudah mendengar ketua menteri bercakap mengenai LRT di Sarawak jadi saya perlu mengetahui apa yang dihasrat beliau dan bagaimana saya boleh membantu sebagai menteri Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
Pada Mac lepas, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan merangka pelan jangka panjang pengangkutan awam termasuk memperkenalkan LRT bagi menghubungkan Kuching, Samarahan, dan Serian yang akan mengambil masa perjalanan 30 minit sahaja.
Mengulas lanjut, Nancy berkata selaian itu dalam pertemuan tersebut beliau selaku Anggota Parlimen Batang Sadong turut menyampaikan hasrat serta keperluan masyarakat kawasan yang diwakilinya kepada ketua menteri.
“Perbincangan turut berkisar mengenai keperluan di kawasan saya seperti perumahan, program-program untuk masyarakat, masalah lesen perniagaan dan lain-lain lagi,” katanya sambil menambah perkara itu mendapat reaksi positif Abang Johari. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNDMHo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Abang Johari Beri Penerangan Bangunkan LRT Di Sarawak
Itulah artikel Abang Johari Beri Penerangan Bangunkan LRT Di Sarawak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Abang Johari Beri Penerangan Bangunkan LRT Di Sarawak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/abang-johari-beri-penerangan-bangunkan.html
0 Response to "Abang Johari Beri Penerangan Bangunkan LRT Di Sarawak"
Catat Ulasan