Tajuk : Adam Corrie Tenang, Sabar Dikatakan Poyo Berdakwah
link : Adam Corrie Tenang, Sabar Dikatakan Poyo Berdakwah
Adam Corrie Tenang, Sabar Dikatakan Poyo Berdakwah
Terus giat mendalami ilmu agama, saudara baru, Adam Corrie Lee bukan sahaja memanfaatkannya untuk diri sendiri, tetapi juga sebagai pendakwah.
Biarpun dicemuh, selebriti berusia 49 tahun ini nekad untuk terus istiqamah dengan pegangannya itu demi mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Sebenarnya, hidup sebagai mualaf itu mudah malah dalam Islam juga sudah menjelaskannya.
“Tetapi, sikap segelintir masyarakat Islam itu sendiri yang menyukarkan.
“Alhamdulillah, saya tetap berpegang pada niat sebenar memeluk Islam,” katanya.
Menggalas dua tanggungjawab berat, Adam bagaimanapun menyedari terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi sejak memeluk Islam pada 2007.
“Ada memandang saya sebagai mualaf yang tiada apa-apa ilmu agama.
“Ada juga komen di Facebook, suruh saya jangan poyo sangat nak jadi pendakwah.
“Jadi, individu-individu seperti ini yang membawa hidup mualaf itu penuh dengan dugaan,” katanya.
Pun begitu, pemilik nama asal Lee Choon Kooi ini enggan mengalah dan terus berdoa kepada ALLAH agar diberi petunjuk.
“Walaupun ada sedikit terasa hati, saya balas setiap komen dengan cara yang baik.
“Saya berdoa agar diberi peringatan baik supaya saya boleh menjadi pendakwah yang baik secara perlahan-lahan.
“Saya sendiri pun masih lagi dalam proses pembelajaran,” katanya.
Tanpa disedari, Adam berjaya menarik lebih 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama Islam sejak bergelar mualaf hampir 10 tahun lalu.
Atas niat membantu golongan saudara baru ini, Adam dan isterinya, Fazema Mohd Fuad menubuhkan Pertubuhan Kembara Iman Malaysia, sejak tahun lalu.
Katanya, tujuan utama pertubuhan itu adalah untuk membantu golongan mualaf yang memerlukan bantuan dari segi ilmu dan pengetahuan.
Pada masa sama, katanya, pertubuhan itu juga berusaha mencari dana untuk membawa golongan mualaf menunaikan umrah secara percuma.
“Pertama kali mengerjakan umrah, saya rasa sangat seronok.
“Di sana saya dapat merasai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana baginda mengembangkan Islam dan sanggup menggadai nyawa demi Islam dan menguatkan akidah umat Islam.
“Jadi, saya nak perasaan itu turut dirasai oleh mualaf lain,” katanya.
Sehingga hari ini, katanya, Pertubuhan Kembara Iman Malaysia sudah membawa lebih 90 mualaf menunaikan umrah.
The post Adam Corrie Tenang, Sabar Dikatakan Poyo Berdakwah appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q4hcGB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Adam Corrie Tenang, Sabar Dikatakan Poyo Berdakwah
Anda sedang baca artikel Adam Corrie Tenang, Sabar Dikatakan Poyo Berdakwah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/adam-corrie-tenang-sabar-dikatakan-poyo.html
0 Response to "Adam Corrie Tenang, Sabar Dikatakan Poyo Berdakwah"
Catat Ulasan