Loading...

Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak

Loading...
Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak
link : Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak

Baca juga


Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak

KUALA LUMPUR – Marisa Ridzuan Ng, 39, telah mengadakan tiga pameran lukisan solo setakat ini tetapi pameran terakhirnya di Balai Seni Visual Negara bertema ‘ONG – It Came From A Place Of Love’ sangat luar biasa.

Pameran pelukis abstrak itu yang berlangsung dari 22 April hingga 21 Mei, sempena sambutan Hari Ibu, adalah tanda ingatan kasih sayangnya terhadap ‘Ah Ma’, nenek dalam bahasa Hokkien, yang menderita penyakit kanser.

‘Ah Ma’ yang membesarkan beliau sejak kecil ialah Ong Chiew Bee, 87. Marisa mendapat inspirasi untuk menghasilkan siri 30 lukisan abstrak cat minyak di atas kanvas itu setelah Ah Ma disahkan menghidap kanser kolon pada Ogos 2016.

Doktor menasihati agar tumor Ah Ma tidak dibuang memandangkan keadaan beliau terlalu lemah untuk menjalani pembedahan dan berita itu sangat meruntun hati keluarganya.

“Sebagai cucu sulung, saya harus lakukan sesuatu sebelum dirundung kesedihan atau dilanda kemurungan, jadi saya memutuskan untuk melukis siri ini sebagai tanda kasih sayang terhadapnya,” kata artis sepenuh masa dari Shah Alam, Selangor itu.
SETIAP LUKISAN PUNYA KISAHNYA

Marisa mencipta setiap karya lukisan abstraknya dengan pelbagai kisah dan masa yang berbeza, kesemuanya menggambarkan perasaannya terhadap Ah Ma. Nyata, karyanya itu menceritakan suatu perjalanan perasaan buat Marisa.

“Orang ramai mungkin tidak dapat memahami lukisan saya kerana ia adalah contengan, penuh dengan pelbagai garisan dan percikan bermacam-macam warna. Ia menunjukkan sifat saya yang sebenar, spontan dan suka bermain-main.

“Setiap lukisan adalah visual curahan perasaan saya yang tanpa dirancang, sebahagian daripadanya mempunyai jalan cerita manakala selebihnya berdasarkan pengamatan dan ingatan saat-saat manis antara saya dan Ah Ma,” kata ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 12 tahun.

Perbualan kami, masa senggang bersama, sebarang objek atau kata-kata yang signifikan dengan emosi kami – kesemuanya diterjemahkan melalui garis-garis, titik-titik dan tompokan warna-warna, kesemuanya dilukis dengan teliti dan tepat.

Marisa memberi contoh satu daripada karyanya ‘The Red Handbag’, menggambarkan beg tangan kegemaran Ah Ma yang mana hendaklah tidak boleh lepas daripada pandangannya pada setiap masa, sepertimana Linus dan selimutnya dalam komik Peanuts.

Satu lagi karyanya adalah yang berjudul ‘Because I Love You’, menggambarkan watak tenang Ah Ma yang penuh dengan kehidupan dan kasih sayang. Menurut Marisa, Ah Ma bukan orang yang akan berkata ‘I Love You’, namun tindak-tanduknya lebih jelas menunjukkan perasaannya.

“Membesar dengan datuk dan nenek adalah satu keistimewaan yang saya amat hargai sehingga hari ini kerana berpeluang menyaksikan keindahan hubungan yang dikongsikan Ah Ma dengan kami sekeluarga.

“Ia juga mengajar saya banyak perkara mengenai saling menghormati melalui tingkah-laku generasi tua berinteraksi antara satu sama lain,” kata Marisa.
MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI KANSER

Selain sebagai satu penghormatan, pameran itu juga diadakan sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya langkah-langkah awal mengesan kanser kolon.

Beliau berkata, terdapat banyak perkara yang dipandang enteng dalam kehidupan, termasuk kesan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang dalam proses penuaan.

“Apabila dia mula kehilangan berat badan, kita mengandaikan bahawa hilang selera makan sebagai perkara normal pada usia tua. Hakikatnya, kita tidak tahu bahawa ianya adalah tanda-tanda kanser, terdapat tumor sedang membesar dalam kolon sigmoidnya,” tambah beliau.

Selain meningkatkan kesedaran kanser, Marisa berharap pendokumentasian karya beliau akan dapat membantu memelihara kenangannya dengan Ah Ma.

“Beliau memelihara saya sejak hari pertama saya dilahirkan, jadi saya mahu mendokumentasi dan berkongsi perjalanan hidup saya bersama nenek dengan dunia. Ini mungkin tidak penting atau bermakna bagi orang lain tetapi penting bagi saya dan anak saya, dan mungkin untuk keturunannya kelak,” katanya.

Karya abstrak beliau juga membawa mesej halus untuk generasi muda, bahawa mereka hendaklah melihat generasi yang lebih tua dengan cara yang berbeza.

“Daripada melihat golongan tua sebagai beban, sepatutnya nikmatilah saat-saat bersama mereka sepertimana mereka melayan telatah aneh kita ketika kanak-kanak dan supaya menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita tanpa syarat,” katanya.

Walaupun nasib Ah Ma kini di tangan pencipta, semua kenangan beliau serta detik-detik bermakna dengan insan tersayang diabadikan dalam seni abstrak Marisa-Ah Ma tidak akan pernah dilupakan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qA644i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak

Itulah artikel Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ah-ma-diabadikan-dalam-lukisan-abstrak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ah Ma Diabadikan Dalam Lukisan Abstrak"

Catat Ulasan

Loading...