Tajuk : AKHBAR THE STAR PERLU SEGERA MINTA MAAF, KATA SHAHAR
link : AKHBAR THE STAR PERLU SEGERA MINTA MAAF, KATA SHAHAR
AKHBAR THE STAR PERLU SEGERA MINTA MAAF, KATA SHAHAR
Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah menggesa akhbar The Star agar dengan segera meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Ini kerana, jelas Shahar, akhbar itu menyiarkan tajuk utama berita berkenaan ‘pengganas’ bersama-sama gambar umat Islam sedang bersolat terawih di halaman muka depannya pada 27 Mei 2017.
“Meskipun tajuk berita tiada kena mengena dengan gambar itu, ia boleh menyebabkan orang ramai tersalah tafsir apa yang disiarkan akhbar The Starseolah-olah merujuk pengganas kepada orang Islam dengan meletakkan kedua-dua berita dan gambar tersebut di halaman depan.
“The Star sebagai salah satu akhbar ‘senior’ berbahasa Inggeris utama di Malaysia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti di negara ini yang majoriti rakyatnya beragama Islam lebih-lebih lagi dengan banyak insiden keganasan yang terjadi di luar negara kini.
“Tambahan pula umat lslam menyambut hari pertama bulan ramadan, bulan mulia umat lslam,” kata beliau dalam kenyataan.
Oleh itu, sama ada penyiaran muka depan akhbar itu disengajakan atau tidak, pihaknya menggesa para pengarang The Star agar meminta maaf dengan seluruh umat Islam dan berjanji akan lebih sensitif dalam menyampaikan berita, kata beliau.
Ia penting, jelasnya, bagi mengelakkan tercetusnya ketegangan dalam komuniti berbilang kaum di negara ini lebih-lebih lagi memberi persepsi yang salah tentang agama Islam.
“Saya juga menggesa pihak berwajib yang bertanggungjawab untuk melakukan pemantauan dalam memastikan tiada berita yang boleh mencetuskan kemarahan mana-mana agama dan kaum disiarkan.
“Sesungguhnya media yang merupakan medium penyampaian berita memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan laporan yang tepat dan tidak mengelirukan kepada rakyat,” tambahnya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtLuGP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article AKHBAR THE STAR PERLU SEGERA MINTA MAAF, KATA SHAHAR
Anda sedang baca artikel AKHBAR THE STAR PERLU SEGERA MINTA MAAF, KATA SHAHAR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/akhbar-star-perlu-segera-minta-maaf.html
0 Response to "AKHBAR THE STAR PERLU SEGERA MINTA MAAF, KATA SHAHAR"
Catat Ulasan