Loading...

Aksi skuad negara tidak bermaya

Loading...
Aksi skuad negara tidak bermaya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aksi skuad negara tidak bermaya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aksi skuad negara tidak bermaya
link : Aksi skuad negara tidak bermaya

Baca juga


Aksi skuad negara tidak bermaya



ARKIB : 10/06/2005

PULAU PINANG - Melihat kepada persembahan hambar dan tidak bermaya skuad bola sepak kebangsaan menentang Singapura kelmarin ternyata para pemain kebangsaan belum mencapai tahap untuk menyarung jersi negara.

Perlawanan persahabatan menentang Singapura itu seolah-olah memberi gambaran bahawa pasukan kita diketengahkan hanya sekadar untuk memberi mereka peluang ``menyertai perlawanan bertaraf antarabangsa''.

Percaturan jurulatih skuad kebangsaan Bertalan Bisckei ternyata tidak menjadi apabila Malaysia tewas buat kali kedua kepada Singapura dalam perlawanan secara persahabatan.

``Apa yang menjadi masalah ialah pemain Malaysia tidak konsisten. Mereka bermain dengan baik dalam satu permainan tetapi prestasi turun mendadak dalam perlawanan berikutnya,'' kata Bisckei sebagai mengulas corak permainan skuad negara.

Pada perlawanan itu, Malaysia cuma mendapat satu gol secara ``nasib'' apabila memperoleh sepakan penalti dan kecundang 1-2 kepada Singapura.

Apa yang mendukacitakan ialah sepakan penalti yang diambil oleh Nizaruddin Yusoff begitu lemah sehingga mudah dibaca oleh penjaga gol Lionel Lewis untuk menampan bola.

Namun maruah pasukan diselamatkan Mohamad Arsyah Ayob yang bertindak pantas untuk merembat bola.

Nizaruddin harus dilihat sebagai pemain yang tumpul kerana melepaskan tiga peluang keemasan untuk menyumbat gol walaupun cuma berdepan dengan penjaga gawang.

Sebenarnya, jika Malaysia bermain dengan rentak pantas, pasukan itu mungkin boleh mengalahkan Singapura tetapi corak permainan Malaysia seolah-olah terlalu defensif dan sering bermain dalam kawasan sendiri tanpa menumpukan serangan.

Bisckei hanya dapat membuat satu kesimpulan - iaitu barisan serangan Malaysia masih tumpul dan gagal membuat penyudahan yang baik walaupun mempunyai peluang terbaik.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menyalahkan anak-anak buahnya secara terus-terang tetapi menyatakan tumpuannya kini ialah melatih skuad bawah 23 tahun bagi persiapan Sukan SEA di Manila pada November ini. - Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2scmnpo
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Aksi skuad negara tidak bermaya

Itulah artikel Aksi skuad negara tidak bermaya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aksi skuad negara tidak bermaya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/aksi-skuad-negara-tidak-bermaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aksi skuad negara tidak bermaya"

Catat Ulasan

Loading...