Tajuk : Album SimetriSiti Boleh Didapati Di Stesen Petronas Terpilih!
link : Album SimetriSiti Boleh Didapati Di Stesen Petronas Terpilih!
Album SimetriSiti Boleh Didapati Di Stesen Petronas Terpilih!
Album Siti berada di rangkaian stesen petronas terpilih mulai Ramadan. (Gambar: Chempaka Nur Iman)
Berita baik buat peminat tegar Datuk Siti Nurhaliza! Album barunya, SimetriSiti, kini boleh didapati menerusi butik Creacion serta stesen Petronas terpilih, bermula Ramadan ini.
Siti memaklumkan, album terbabit dipasarkan di butik miliknya dan stesen minyak terbabit di seluruh negara kerana lokasi berkenaan menjadi tumpuan ramai, sekali gus memudahkan peminat.
"Memang kaedah jualan sebegini sudah kita diperincikan sejak akhir tahun lalu, sebelum album studio ke-17 saya berada di pasaran lagi.
“Selain menerusi jualan secara dalam talian, lokasi yang dekat dengan orang ramai seperti butik saya sendiri dan stesen minyak menjadi medan kepada peminat membeli Simetrisiti.
“Ia umpama membeli belah di bawah satu bumbung terutama jualan album di butik Creacion yang turut menjadi medan produk Simplysiti serta busana di bawah jenama Creacion by Siti Nurhaliza.
“Perbincangan dengan pihak pengurusan Petronas juga sudah memasuki fasa akhir. Insya-Allah, Simetrisiti akan menjadi album studio pertama saya yang dijual di stesen berkenaan,” katanya.
Mengenai jualan SimetriSiti yang memuatkan 10 lagu baharu termasuk Segala Perasaan dan Aku Bukan Malaikat, katanya sambutan sama ada fizikal mahupun digital, memberangsangkan.
Terdahulu, selepas diedarkan pada 10 Mei lalu, sebanyak 300 cakera padat album fizikal yang dijual secara online habis ditempah dalam tempoh 20 minit pada hari pertama.
Jualan yang dibuat secara pra tempahan itu adalah eksklusif buat peminat dengan muka depan album khas yang turut disertakan sekeping poskad.
Malah single pertama album terbabit juga masih berada di kedudukan Top 10 carta iTunes sejak dilancarkan pada 24 April lalu.
Berkongsi harapan mengenai perniagaan Creacion, Siti yang merasmikan cawangan baru di Bandar Baru Bangi itu merancang membuka 10 butik hingga akhir tahun ini.
Pembukaan cawangan Creacion adalah untuk memenuhi permintaan ramai dan selepas Bangi kami sasarkan pula Shah, Alam Selangor," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbX2Lq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Album SimetriSiti Boleh Didapati Di Stesen Petronas Terpilih!
Anda sedang baca artikel Album SimetriSiti Boleh Didapati Di Stesen Petronas Terpilih! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/album-simetrisiti-boleh-didapati-di.html
0 Response to "Album SimetriSiti Boleh Didapati Di Stesen Petronas Terpilih!"
Catat Ulasan