Tajuk : Ambil empat langkah keselamatan ini elak virus Ransomware 'WannaCry'
link : Ambil empat langkah keselamatan ini elak virus Ransomware 'WannaCry'
Ambil empat langkah keselamatan ini elak virus Ransomware 'WannaCry'
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata pengguna individu terutamanya harus selalu menyemak dan mengemas kini peranti mereka dengan sistem terkini dan memasang perisian antivirus atau pengesan malware.
"Saya yakin kebiasannya agensi dan syarikat telah mempunyai sistem penapisan keselamatan siber tetapi bagi pengguna individu ia kurang ditititkberatkan tidak kira pada komputer atau telefon pintar.. bila adanya antivirus ia secara langsung bertindak sebagai penapis daripada ancaman serangan siber.
"Selain itu, data-data yang kita anggap penting haruslah kita simpan dalam perkakasan lain seperti dalam cakera keras luaran, pemacu pena ataupun sistem fail awangan (cloud system) supaya bila serangan virus tersebut berlaku, kita ada 'secondary backup'..dan langkah terakhir pula jangan kita sewenang-wenangnya membuka dan 'likes' pautan-pautan tidak kita ketahui asal-usulnya kerana ia akan menimbulkan masalah di kemudian hari," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Program Santai Mesra Datuk Jailani Johari Bersama Warga Pendidik Hulu Terengganu di sini, pada Jumaat.
Jailani berkata, SKKM kini dalam keadaan bersiap sedia bagi meningkatkan sistem pertahanan dan keselamatan siber negara susulan ancaman virus Ransomware 'WannaCry' yang melanda dunia bermula Jumaat lalu dan terbaharu virus seakan sama iaitu Uiwix di temui di China.
Sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai serangan virus berkenaan di negara ini seperti yang dinyatakan sebuah akhbar tempatan pada 17 Mei lepas.
"Begitu juga dengan satu laporan akhbar dalam talian tentang virus tersebut telah menyerang sebuah institusi akademik negara...kes ini juga dirujuk CyberSecurity Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak kepada SKKM. Walaubagaimanapun, kita sudah arahkan agar sentiasa memantau dan sekiranya masalah tersebut ada dilaporkan, saya tidak ada masalah untuk berkongsi kepada masyarakat.
Rusia dan India merupakan negara yang paling terjejas dengan serangan virus siber ini. Pada 12 Mei lepas, virus yang sama juga menyebabkan hampir seluruh hospital di United Kingdom kehilangan akses kepada data pesakit terutama penyakit-penyakit kronik.
--BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rB9BQ0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ambil empat langkah keselamatan ini elak virus Ransomware 'WannaCry'
Anda sedang baca artikel Ambil empat langkah keselamatan ini elak virus Ransomware 'WannaCry' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ambil-empat-langkah-keselamatan-ini.html
0 Response to "Ambil empat langkah keselamatan ini elak virus Ransomware 'WannaCry'"
Catat Ulasan