Tajuk : Anis Al-Idrus Pilih Orang Perlis
link : Anis Al-Idrus Pilih Orang Perlis
Anis Al-Idrus Pilih Orang Perlis
Selepas dua kali gagal dalam percintaannya dengan selebriti, aktres dan model muslimah Anis Al-Idrus akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pada Julai depan.
Memetik laporan mStar onilne, Anis, 29, berkata, perkenalan mereka sejak Januari lalu telah memberi keyakinan kepadanya menerima lamaran dan menjadi suri hati lelaki berusia 35 tahun itu.
Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal berkata, mereka sudah mengikat tali pertunangan pada Mac lalu dalam sebuah majlis sederhana.
“Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang menerima saya seadanya. Insya-Allah kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan. Pada Isnin ini saya akan umumkan tarikh sebenar majlis istimewa itu.
“Kami sudah bertunang pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang keputusannya untuk menamatkan zaman solo, Anis berkata, lelaki tersebut bersifat matang dan berjaya membuka hatinya untuk berkahwin.
“Saya selesa mengatakan ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan Allah. Namun kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah,” ujarnya.
Selain itu, Anis berkata, dia akan mengulas lanjut tentang perancangan majlis perkahwinannya dalam sebuah majlis sidang media yang bakal diadakan pada 23 Mei ini.
Anis dan Mohd Rafzan yang berasal daripada Perlis itu mula rapat pada Januari lalu selepas dikenalkan oleh rakan baiknya yang juga adik kepada pemuda itu.
Sebelum ini Anis pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq.
The post Anis Al-Idrus Pilih Orang Perlis appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q4zlIn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Anis Al-Idrus Pilih Orang Perlis
Anda sedang baca artikel Anis Al-Idrus Pilih Orang Perlis dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/anis-al-idrus-pilih-orang-perlis.html
0 Response to "Anis Al-Idrus Pilih Orang Perlis"
Catat Ulasan