Tajuk : Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan
link : Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan
Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan
Lagi kisah menyedihkan tentang seekor anjing.
Menurut Coconuts Bangkok, seorang netizen dari Thailand bernama Panna Lomjan baru-baru ini kongsi kisah menyentuh hati tentang seekor anjing di Facebook.
Menurutnya, anjing itu setia menanti di luar rumah pemiliknnya tanpa mengetahui dia telah ditinggalkan dan mereka tidak akan pernah kembali lagi. Kenapa buat dia macam ni…
Panna menulis di Facebook,
“Anjing ini bernama Heng. Pemiliknya telah menjual rumah tersebut tetapi tidak membawanya sekali.”
“Heng tidak akan tinggalkan tempat itu. Dia akan duduk dan menjaga rumah itu ketika panas dan hujan.”
Sedihnya 🙁
“Sudah lebih kurang sebulan dia berbuat sedemikian. Heng akan memandang kereta yang lalu lalang. berharap bahawa salah satu kenderaan yang lalu itu adalah pemiliknya yang pulang kepadanya.”
Status Panna kemudian tular di Facebook dengan lebih 17ribu perkongsian. Ramai netizen memohon kepada pemilik Heng untuk kembali kepadanya, bukan meninggalkan anjing itu di depan rumah selamanya.
“Tolong jangan tinggalkannya di situ, dia tidak akan bergerak kecuali jika anda pulang kepadanya!” komen seorang netizen.
Memang lah! Anjing kan setia…
Dengan kuasa media sosial, selepas menjadi tular, seorang netizen yang sememangnya dikenali dengan hatinya yang baik telah mengambil dan menjaga Heng. Rakyat yang dimaksudkan adalah pemilik Tawana Hotel, Soraya Bunnag.
Akhirnya, Heng mendapat kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya! Malah, Heng turut disediakan katil khas untuknya!
Terima kasih kepada pemilik barunya yang baik hati tu!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rT2oyN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan
Anda sedang baca artikel Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/anjing-berpanas-berhujan-tunggu-tuan.html
0 Response to "Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan"
Catat Ulasan