Loading...
Tajuk : Aplikasi Penunjuk Kiblat Telefon Pintar Tersasar Hingga 45 Darjah
link : Aplikasi Penunjuk Kiblat Telefon Pintar Tersasar Hingga 45 Darjah
Aplikasi Penunjuk Kiblat Telefon Pintar Tersasar Hingga 45 Darjah
Kebanyakan aplikasi penunjuk arah kiblat dalam telefon bimbit didapati tidak menunjukkan arah sebenar dengan tepat dan boleh menimbulkan kebimbangan pengguna Islam.
Berdasarkan 10 ujian aplikasi, hanya dua iaitu myJAKIM dan Qibla Kaabah menepati arah manakala tujuh tersasar antara lima hingga 10 darjah kiri dan kanan dari arah kiblat, lapor Berita Harian.
Satu lagi aplikasi popular yang dimuat turun lebih sejuta pengguna tersasar lebih 45 darjah kanan, hasil ujian akhbar itu dengan kerjasama Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM).
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menasihati orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada aplikasi itu kerana ia mempunyai kelemahan, ataranya gangguan tarikan medan magnet.
“Walaupun sudah ditentu ukur, ketepatan arah kiblat menggunakann aplikasi itu boleh dipertikai kerana terdapat gangguan dan kelemahan lain seperti medan magnet.” kata Yang Dipertua PFSM dipetik.
“Peralatan dan sumber elektrik yang berada di sekitar kawasan juga mengganggu fungsi kompas kerana setiap wayar peralatan itu akan mengeluarkan medan elektrik.
“Gangguan terbesar adalah besi yang berada di sekeliling dan walaupun kita tidak melihat kewujudan besi, di dalam setiap bangunan atau lantai mempunyai besi yang tertanam.
“Gangguan yang tidak nampak inilah menjadi kelemahan terbesar aplikasi berkenaan,” tambahnya.
Lebih membimbangkan wujud dakwaan aplikasi terbabit dihasilkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mengaut keuntungan, malah sengaja menghasilkannya dengan tidak menghala ke Kaabah bagi tujuan tertentu, lapor akhbar itu lagi.
"Terlalu banyak aplikasi ini sehingga boleh didapati dengan mudah dan percuma, malah kita tidak tahu aplikasi mana yang sudah diiktiraf dan pada masa sama atas dasar apa serta formula apa aplikasi ini diwujudkan," kata Syed Kamarulzaman mengulas lanjut. - ProjekMMO
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5CDZg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Aplikasi Penunjuk Kiblat Telefon Pintar Tersasar Hingga 45 Darjah
Itulah artikel Aplikasi Penunjuk Kiblat Telefon Pintar Tersasar Hingga 45 Darjah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Aplikasi Penunjuk Kiblat Telefon Pintar Tersasar Hingga 45 Darjah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/aplikasi-penunjuk-kiblat-telefon-pintar.html
0 Response to "Aplikasi Penunjuk Kiblat Telefon Pintar Tersasar Hingga 45 Darjah"
Catat Ulasan