Loading...

APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama

Loading...
APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama
link : APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama

Baca juga


APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama

SATUN, SELATAN THAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pihak berkuasa maritim Thailand digesa meningkatkan kerjasama pintar, khususnya dalam melaksanakan operasi bersama pembanterasan jenayah rentas sempadan melalui laut.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan istimewa dan akrab sejak sekian lama, banyak perkara berkaitan keselamatan dan kepentingan bersama masih perlu diperkemaskan.

“Jenayah utama di laut ialah penyeludupan, pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), penjualan hasil laut, barang-barang terkawal serta bebas cukai seperti rokok dan minuman keras secara haram merugikan kedua-dua negara.

“Penjualan hasil tangkapan laut secara haram yang berleluasan juga boleh dikawal melalui kerjasama pintar,” titah baginda pada program ‘Ihya Ramadan MAIPs Bersama APMM’ ke Pulau Koh Sarai Besar di Masjid Nurulebadah pulau tersebut dalam Wilayah Satun, petang semalam.

Berangkat sama dalam program itu Raja Puan Muda Perlis Hajah Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Pengarah APMM Wilayah Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) Laksamana Pertama Zulkarnain Mohd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mohd Nazim Mohd Noor serta beberapa ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Tuanku Syed Faizuddin mengesyorkan agar lebih banyak rondaan keselamatan berkala oleh maritim kedua-dua negara dibuat khususnya semasa wujud konflik di negara-negara tertentu.

“Dalam apa jua keadaan, peraturan dan undang-undang negara masing-masing haruslah dihormati dan dipatuhi,” titah baginda sambil menambah faktor keselamatan di laut akan menggalakkan nelayan meningkatkan usaha menangkap ikan yang menyumbang kepada hasil negara masing-masing.

Sebelum itu, Laksamana Pertama Zulkarnain dalam ucapannya berkata, kerjasama antara APMM dan pihak maritim Thailand, termasuk berkongsi maklumat risikan dan rondaan bersama di kawasan sensitive, telah lama dilaksanakan.

“Kerjasama ini boleh diperkasakan dan antara caranya ialah dengan mengenali pegawai masing-masing secara peribadi. Program Ihya Ramadan yang pertama kali disertai APMM ini membuka ruang tersebut dengan lebih luas,” katanya.

Menurut Zulkarnain kerjasama APMM dan Maritim Thailand membuahkan hasil berikutan banyak kes jenayah dapat dibanteras, manakala maklumat yang dikongsi berjaya menghalang pencerobohan pelarian Rohingya, PATI dan juga anggota kumpulan pengganas Daesh.

“Kita juga dapat membuat persediaan awal kemungkinan berlaku jenayah melalui pertukaran maklumat di samping koordinasi penjagaan perairan menjadi lebih efektif,” tambahnya.

Beliau berkata bantuan awal yang diberikan maritim kedua-dua negara telah banyak menyekat penyeludupan bahan terlarang seperti senjatapi dan daun ketum dari Malaysia ke Thailand. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qCSOQu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama

Itulah artikel APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/apmm-maritim-thailand-digesa-tingkat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "APMM & Maritim Thailand Digesa Tingkat Kerjasama"

Catat Ulasan

Loading...