Loading...

Aura hebat Sajadah Ka’bah

Loading...
Aura hebat Sajadah Ka’bah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aura hebat Sajadah Ka’bah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aura hebat Sajadah Ka’bah
link : Aura hebat Sajadah Ka’bah

Baca juga


Aura hebat Sajadah Ka’bah

Hampir 25 tahun terbabit dalam bidang seni, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega, akhirnya merakamkan lagu berkonsep ketuhanan pertamanya berjudul Sajadah Ka’bah.

Istimewanya, lagu ciptaan Cahaya Bunga Saragih ini pernah dirakamkan penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Allahyarham Deddy Dores kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Rahmad yang popular menerusi lagu Takdir Dan Waktu diberi kepercayaan merakamkan semula lagu itu secara duet dengan Deddy. Perkara itu bukan sesuatu yang asing kerana pernah dilakukan trio KRU bersama seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi lagu Getaran Jiwa.

Lagu Sajadah Ka’bah dimuatkan dalam album kompilasi Cahaya Dari Ka’bah (CDK) yang turut mengandungi lagu Amanah Allah, Illahi Lastu, Sholawat Al-Badawi, Tujuh Putaran Bertawaf, Sucikan Hati, Kesempatan Kedua, Robbal Baroya, Sholawat Penyejuk Hati dan Sholawat Qurania.

Rahmad yang ditemui pada pelancaran album itu mengakui amat berbesar hati apabila diberikan kepercayaan merakamkan semula lagu itu.

“Sajadah Ka’bah lagu yang luar biasa, mempunyai roh dan tarikan tersendiri serta aura yang hebat. Biasanya dalam sesebuah lagu kita mencari ‘X Factor’ dan dalam lagu ini kita bertemu dengan apa yang dimaksudkan,” katanya.

Menurut Rahmad, Sajadah Ka’bah adalah kisah benar bagaimana seorang individu yang pernah ke Makkah, merindui suasana di sana.

“Dia rindu melihat kaabah, rindu melihat pelbagai bangsa, kaum dan budaya disatukan dalam satu kepercayaan. Suasana itu tidak akan diperoleh ketika berada di tempat lain.

“Setiap kali panggilan azan, pelbagai bangsa di seluruh dunia berebut-rebut untuk solat dan suasana itu digambarkan menerusi lagu ini,” katanya.

Rahmad berkata, dia amat teruja ketika ditawarkan merakamkan lagu itu kerana menepati apa yang dicarinya.

“Selama ini saya mempunyai keinginan yang tidak dapat diluahkan. Saya mencari lagu ketuhanan dan ketika bertemu Bonda (Cahaya) persoalan itu turut diajukan. Dia ada perdengarkan saya satu lagu, tetapi saya kurang berkenan,” terangnya.

Secara kebetulan ketika mahu berpisah, Cahaya menawarkan Rahmad mendengar satu lagu, tetapi lagu itu tiada bersamanya tetapi ada di sebuah studio di Puncak Bogor.

“Kami ke sana untuk mendengar lagu itu dalam keadaan jalan raya yang sesak teruk. Saya pula bergerak menggunakan bas dan kejar masa pulang ke Malaysia pada keesokan paginya.

“Hanya mendengar dua kali, saya ambil keputusan mencuba lagu itu kerana mendapati ia mempunyai sesuatu yang luar biasa, bukan saja pada saya, tetapi pada mereka yang mendengarnya,” katanya.

Sebagai penyanyi, Rahmad mengakui tidak puas menyanyikan lagu itu sehingga dia mengalunkannya berulang kali.

“Saya bertuah kerana dipertemukan dengan pencipta lagu dan pasangan duet legenda Indonesia, Allahyarham Deddy Dores. Kunjungan saya ke kubur Deddy dan ke rumah keluarganya membongkar rahsia apa maksud Dores iaitu Doa Restu. Bahkan saya kini digelar Dores Rahmat Agung oleh guru Allahyarham,” katanya.

Dalam pada itu, Rahmad berikrar menunaikan hajat terakhir Deddy untuk mengerjakan umrah.

“Umrah itu tertunda sebulan sebelum Allahyarham meninggal dunia. Saya berharap agar lagu ini diterima baik peminat. Malah, ada juga usaha daripada Bonda untuk menghasilkan lagu itu dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Adakan konsert tribute

Selain pelancaran album, konsert tribute sempena setahun kematian Deddy Dores pada 17 Mei 2016 turut diadakan menampilkan Rahmad, Cahaya Bunga Saragih, Endang S Taurina, Ratna Listi, Ratih Purwasih, Dina Mariana dan ramai lagi.

Segmen pertama menampilkan lagu daripada album Cahaya Dari Ka’bah iaitu Assalamualaikum, Sucikan Hati, Amanah Allah, Sajadah Ka’bah, Sholawat Qurania dan Robbal Baroyah.

Segmen kedua pula khas bagi mengenang Deddy menampilkan Rahmad menyanyikan lagu Bintang Kehidupan, Jangan Pisahkan (duet bersama Endang S Taurina) dan Mendung Tak Bererti Hujan (duet dengan Amy Farra).

Ternyata Rahmad berjaya memukau peminat yang hadir dengan kemampuannya menyanyikan lagu ciptaan Deddy yang bernada tinggi.

The post Aura hebat Sajadah Ka’bah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPnXx5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Aura hebat Sajadah Ka’bah

Itulah artikel Aura hebat Sajadah Ka’bah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aura hebat Sajadah Ka’bah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/aura-hebat-sajadah-kabah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aura hebat Sajadah Ka’bah"

Catat Ulasan

Loading...