Loading...

Azam lancar single baru setiap tiga bulan

Loading...
Azam lancar single baru setiap tiga bulan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azam lancar single baru setiap tiga bulan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azam lancar single baru setiap tiga bulan
link : Azam lancar single baru setiap tiga bulan

Baca juga


Azam lancar single baru setiap tiga bulan

PUNYA matlamat sendiri, Noraniza idris muncul lagi dengan single terbaru, Permata Saadah, selepas Wangikanlah Hatimu duet bersama Tyka pada Februari lalu.

Lebih menarik, penerbitan single bergenre Zapin Fusion itu, ditaja sepenuhnya oleh syarikat pengurusan majlis dan katering, Permata Saadah (M) Sdn Bhd.

Bahkan, selebriti berusia 49 tahun ini turut dilantik sebagai duta syarikat tersebut.

“Ini kali pertama saya dilamar sebagai duta katering dan saya gembira dengan penglibatan ini.

“Ia sesuatu yang lain daripada penyanyi lain tetapi itulah keistimewaannya.” katanya pada Media Hiburan.

Bercerita lanjut katanya, kolaborasi itu selepas pertemuan dalam satu program keusahawanan.

“Semuanya berlaku secara kebetulan.

“Mereka berminat menaja single saya bahkan judul lagu ini juga inspirasi nama syarikat iaitu Permata Saadah.

“Nama lagu ini pun sangat sesuai dan ada nilai komersial yang bermaksud ‘kebahagiaan yang tidak ternilai’, khusus mengenai jasa dan pengorbanan seorang ibu,” katanya.

Baginya, kerjasama itu bakal berlangsung secara tersendiri kerana kedua-duanya merupakan pejuang seni warisan dan tradisional.

“Syarikat itu sendiri menghidangkan makanan warisan dan tradisional manakala saya pula adalah pejuang lagu-lagu tradisional.

“Jadi kami saling berkaitan dan kolaborasi ini adalah sesuatu yang unik,” katanya.

Mahu terbit album

Bukan sahaja menghasilkan single, Noraniza juga berhasrat menerbitkan sebuah album penuh irama tradisional, kelak.

Bagaimanapun, katanya,  itu bukanlah satu perkara mudah apatah lagi peminat muzik menjadikan irama tersebut sebagai pilihan kedua.

“Saya kecewa dan terkilan kerana irama ini bukan lagi menjadi pilihan utama.

“Ia hanya disukai mengikut musim seperti pisang goreng ketika panas.

“Bila dah sejuk, orang pun tak pandang lagi.

“Sebenarnya amat sukar untuk terus berjuang dalam irama yang hanya segelintir peminat ambil berat,” katanya.

Lantaran itu, pelantun lagu Ngajat Tampi ini terus berazam menghasilkan single, setiap tiga bulan.

“Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album penuh irama Malaysia.

“Ia memerlukan kos yang tinggi. Sebab itu, saya selesa keluarkan single demi single dahulu,” katanya.

Pada masa sama, Noraniza merancang mengeluarkan single ketiga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Saya dah lancarkan tujuh single sebelum ini.

“Jadi, saya hanya perlu tiga lagi lagu baru untuk membolehkan saya menerbitkan sebuah album penuh dengan 10 lagu.

“Insya-ALLAH, komposer, Datuk M. Nasir juga dah bersetuju untuk mencipta sebuah lagu tradisional yang akan dinyanyikan secara beramai-ramai nanti,” katanya.

The post Azam lancar single baru setiap tiga bulan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3vSai

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Azam lancar single baru setiap tiga bulan

Itulah artikel Azam lancar single baru setiap tiga bulan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azam lancar single baru setiap tiga bulan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/azam-lancar-single-baru-setiap-tiga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azam lancar single baru setiap tiga bulan"

Catat Ulasan

Loading...