Loading...

Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas

Loading...
Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas
link : Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas

Baca juga


Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

BAGAIMANA UNTUK TAHU KITA IKHLAS ATAU TIDAK IKHLAS

Tidak ada sesiapa yang mengatakan tidak ikhlas bila berbuat kebaikan. Semua manusia akan mengatakan ikhlas dengan setiap perbuatannya. Ada orang terang-terang menyebut Saya Ikhlas setiap kali beramal dan ada yang mencatat Yang Ikhlas dalam setiap surat atau emel.

Adakah kita benar-benar ikhlas dalam setiap kebaikan yang kita buat?

Hakikat yang patut diketahui ialah tidak ada seorang pun yang tahu, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas. Malah kita sendiri pun tidak tahu, kita ini ikhlas atau tidak. 2 malaikat yang mencatat amalan seseorang juga tidak tahu, orang itu ikhlas atau tidak.

Sesungguhnya hanya Allah SWT yang tahu, hamba-Nya ikhlas atau tidak dalam perbuatan mereka.

Bagaimanapun ada caranya untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak. Jangan fikirkan keikhlasan orang lain. Periksa keikhlasan kita sendiri. Bagaimana caranya?

Cara menilai keikhlasan

Apa perasaan anda bila budi yang anda tabur tidak dikenang atau dibalas? Apa rasa hati anda bila kebajikan yang anda buat dibalas dengan kejahatan? Perasaan yang timbul itulah penentu mudah untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak.

Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya sakit bila budi yang kita buat dilupai. Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya geram saat kebajikan kita dibalas kejahatan.

Bila seseorang itu lupa kebaikan yang dibuatnya pada orang lain. Bila hati orang itu tidak terasa apa-apa, tidak kesal bila madu dibalas dengan tuba. Itulah tanda hatinya ikhlas.
Image result for HATI YG IKHLAS TIDAK PERASAN DENGAN PUJIAN
Periksa sendiri apa rasa hati dan perasaan kita bila kebaikan kita tidak dikenang dan bila kita dibalas jahat atas setiap baik yang kita buat.

Manusia selalu menganggap kebaikan yang dibuatnya adalah dari dia dan untuk dia. Dia menganggap kebaikan yang dibuat kerana kemurahan hatinya dan kebaikan itu mesti kembali pada dirinya. Kembali dengan cara…

1.            Mesti mengucapkan terima kasih padanya.
2.            Kenangkan apa yang dia buat.
3.            Sebar-sebarkan cerita kebajikan yang dia buat pada orang lain.
4.            Jangan tolak bila dia minta berbuat sesuatu.
5.            Dan sebagainya.

Kebaikan kita pada orang sebenarnya adalah dari Allah SWT. Allah SWT telah menjadikan kita sebagai ‘saluran’ untuk Allah SWT menyampaikan nikmat-Nya kepada manusia.
Image result for ikhlas seperti surat al ikhlas
Sebagaimana Allah SWT telah melantik Nabi dan Rasul sebagai wakil-Nya untuk menyampaikan ajaran-Nya. Begitulah Allah SWT telah ‘melantik’ kita sebagai ‘wakil’ untuk menyebar nikmat kurniaan-Nya kepada manusia lain.


#Jangan salah faham dengan maksud penerangan ini dan jangan jadikan ayat ini sebagai ayat kontroversi#


Maka kita tidak sepatutnya berbangga dengan kebaikan yang kita buat. Kita hanya melaksanakan amanah untuk mengagih-agihkan nikmat Allah SWT kepada sesama manusia. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah SWT telah mengagihkan nikmat-Nya melalui kita.
Image result for HIDUP SEPERTI AKAR
Kebaikan sebenar ialah dapat berbudi kerana ALLAH SWT. Itu yang membuatkan seseorang itu berasa tenang dalam melakukan kebaikan walaupun kebaikannya tidak dibalas dengan baik.


Selamat Menyambut Bulan Puasa Semua



Thus Article Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas

Itulah artikel Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bagaimana-kita-tahu-kita-ikhlas-atau_25.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bagaimana Kita Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas"

Catat Ulasan

Loading...