Tajuk : Balasan rogol OKU sampai mengandung, Pok Su dipenjara 14 tahun dan 6 sebatan
link : Balasan rogol OKU sampai mengandung, Pok Su dipenjara 14 tahun dan 6 sebatan
Balasan rogol OKU sampai mengandung, Pok Su dipenjara 14 tahun dan 6 sebatan
Perbuatan kejam seorang lelaki dikenali sebagai Pok Su yang merogol seorang wanita orang kurang upaya OKU lembam dibalas dengan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi.
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faizal Adlan Husin, 25, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan.
Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir Gunung, Bachok, pada jam 8.30 malam, dalam Julai 2016.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam kejadian lalu, mangsa yang baru pulang dari mengaji di rumah saudaranya di kampung sama berjalan kaki untuk pulang ke rumah.
Tiba di hadapan sebuah kedai, lelaki yang dikenalinya sebagai Pok Su iaitu tertuduh menariknya dengan kuat dan menutup mulut dengan kain tudung mangsa.
Tertuduh kemudian mengangkat mangsa dan membawanya ke sebuah bilik serta merogolnya.
Tertuduh juga memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun, bagaimanapun mangsa mengalami sakit perut dan dibawa ke hospital sebelum disahkan mengandung 18 minggu.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Balasan rogol OKU sampai mengandung, Pok Su dipenjara 14 tahun dan 6 sebatan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rf7a6X
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Balasan rogol OKU sampai mengandung, Pok Su dipenjara 14 tahun dan 6 sebatan
Anda sedang baca artikel Balasan rogol OKU sampai mengandung, Pok Su dipenjara 14 tahun dan 6 sebatan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/balasan-rogol-oku-sampai-mengandung-pok_30.html
0 Response to "Balasan rogol OKU sampai mengandung, Pok Su dipenjara 14 tahun dan 6 sebatan"
Catat Ulasan