Loading...

Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Loading...
Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi... - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...
link : Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Baca juga


Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Ramai belia mengambil peluang berniaga di Bazar Ramadan tetapi terdapat kekangan faktor tapak berniaga. (Gambar: mediapermata)

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan bukan sahaja dinanti-nantikan umat Islam kerana ganjaran pahala yang ditawarkan tetapi ia juga bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh golongan peniaga. Umat Islam mahukan keberkatan berpuasa, manakala peniaga di serata tanah air menantikan kedatangan Ramadan untuk menambah pendapatan dengan menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

Justeru, tidak hairan tapak bazar Ramadan menjadi rebutan ramai termasuk peniaga `bidan terjun'. Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka berpeluang berniaga di situ ekoran jumlah tapak berniaga yang terhad.

Justeru, situasi itu menarik perhatian Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC), Datuk Dr. Alex Ong yang berpandangan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya membuka ruang yang lebih besar untuk lebih ramai umat Islam meraih rezeki pada bulan suci ini.

Meskipun beliau bukan seorang muslim, Alex menyatakan terdapat ramai golongan muda mengambil kesempatan berniaga di Bazar Ramadan sekali gus menunjukkan minat mereka yang tinggi dalam bidang perniagaan.

"Menjadi suatu kebanggaan kerana anak muda kita semakin serius untuk mendekati ilmu perniagaan. Kami berharap agar PBT memberi ruang dan kelonggaran budi bicara dalam permohonan berniaga di waktu Ramadan ini.

"Kami menyeru kepada PBT membuka ruang kepada mereka dapat merasai rezeki pada bulan suci ini dan kami mohon berikanlah nasihat sewajarnya dan jangan putuskan harapan peniaga ini.

"Mereka juga manusia yang mencari rezeki seperti kita semua, tidak kira warna kulit masing-masing juga sedang mencari rezeki di waktu ekonomi yang tidak menentu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Alex bagaimanapun mengingatkan peniaga terbabit supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan PBT dalam menjalankan perniagaan termasuk dari aspek kebersihan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qybaCh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi...

Itulah artikel Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi... dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bangga-apabila-ramai-anak-muda-serius_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bangga Apabila Ramai Anak Muda Serius Berniaga Tapi..."

Catat Ulasan

Loading...