Loading...
Tajuk : Bapa, Adik Salman Abedi Ditahan Di Libya
link : Bapa, Adik Salman Abedi Ditahan Di Libya
Bapa, Adik Salman Abedi Ditahan Di Libya
TRIPOLI – Bapa kepada pengebom nekad yang mengorbankan 22 penonton konsert di Manchester dilaporkan berbual dengan anak lelakinya itu lima hari lalu melalui telefon dan beliau mengatakan semuanya baik-baik sahaja.
Ramadan Abedi ditahan tentera antipengganas Tripoli ketika ditemuramah berkata, anaknya Salman memberitahu keluarganya dia dalam perjalanan mengerjakan umrah di Makkah.
“Saya bercakap dengan dia lima hari lalu, tiada apa yang berlaku, segalanya biasa sahaja,” kata Ramadan tanpa memberitahu lokasi anaknya ketika itu.
Jurucakap Tentera Pencegahan Khas, Ahmed Salem atau Rada berkata, seorang lagi anak Ramadan, Hashem turut ditahan pada petang Selasa lalu di Tripoli kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan Daesh.
“Kami mempunyai bukti dia (Salman) terbabit dengan Daesh bersama adiknya. Kami mengekorinya lebih daripada sebulan setengah. “Salman ada berhubung dengan adiknya dan Hashem mengetahui mengenai serangan itu,” kata Ahmed.
Ahmed berkata Hashem, 20, pulang dari London ke Tripoli pada 16 April lalu. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Britain, Amber Rudd, berkata pengebom nekad itu baru kembali dari Libya.
Sementara, Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb berkata, lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan militan Daesh dan pernah memasuki Syria.
Bagaimanapun, semua tuduhan itu dinafikan Ramadan kerana beliau yakin Salman bukan anggota kumpulan militan. – Reuters/BH ONLINE
Thus Article Bapa, Adik Salman Abedi Ditahan Di Libya
Itulah artikel Bapa, Adik Salman Abedi Ditahan Di Libya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bapa, Adik Salman Abedi Ditahan Di Libya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bapa-adik-salman-abedi-ditahan-di-libya_25.html
0 Response to "Bapa, Adik Salman Abedi Ditahan Di Libya"
Catat Ulasan