Loading...

Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri

Loading...
Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri
link : Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri

Baca juga


Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Labuan memberi jaminan barangan keperluan adalah mencukupi di pulau bebas cukai ini sepanjang Ramadan dan sempena perayaan Aidilfitri.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Labuan Mohd Fikri Lai Abdullah berkata kerajaan telah menjangkakan permintaan untuk barangan keperluan seperti minyak masak dan tepung akan meningkat sepanjang tempoh Ramadan dan menjelang Hari Raya.

Sehubungan itu, beliau berkata bekalan kedua-dua barangan keperluan itu akan dipantau secara ketat untuk memenuhi permintaan.

“Pengguna tidak perlu risau tentang bekalan barangan keperluan dalam tempoh itu, jika mereka mendapati sukar untuk mendapatkan jenama tertentu, mereka masih boleh mendapatkannya daripada peruncit lain,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengulas mengenai aduan berhubung kekurangan minyak masak dan tepung di pasaran, Fikri berkata pegawai penguat kuasa KPDNKK sentiasa memantau bekalan barangan keperluan di pasaran.

Pegawai penguat kuasa akan turun padang membuat pemeriksaan mengejut di pasar raya dan kedai runcit bagi memastikan tidak berlaku kekurangan barangan keperluan di pulau ini,” katanya.

Beliau menasihatkan pengguna agar tidak panik berikutan laporan kekurangan dua barangan itu.

Fikri berkata pegawai kementerian akan menyiasat hingga ke akar umbi dan membuat pemeriksaan dengan pemborong bagi memastikan mereka tidak menyorokkan barangan keperluan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

“Kami telah berjumpa dengan pemborong utama, peruncit dan pembekal di sini bagi menampung jangkaan peningkatan permintaan barangan,” katanya.

Beliau menasihatkan pengguna agar bijak berbelanja dengan melengkapkan diri dengan maklumat dan mengamalkan hak-hak mereka.

Fikri juga mengingatkan peniaga dan ahli perniagaan agar beretika dan tidak mengambil kesempatan terutama semasa musim perayaan.

“Jadi adalah wajib bagi mereka untuk mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang yang disahkan, dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga mengingatkan peniaga yang mahu menganjurkan jualan murah mesti memaklumkan kepada KPDNKK terlebih dahulu sebelum jualan.

“Biasanya, proses kelulusan adalah segera. Kami perlu tahu tentang jualan murah itu bagi memastikan ia adalah benar iaitu barangan adalah asli dan bekalan mencukupi.

Peniaga bazar Ramadan, Ramlah Ali, 50, berkata ramai penjaja menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan minyak masak, gula dan tepung semasa Ramadan.

“Setiap kali Ramadan dan Aidilfitri kami menghadapi masalah ini kerana permintaan barangan ini adalah tinggi,” katanya.

Untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan ini, beliau akan menyimpan tepung dan gula jika berlaku kekurangan bekalan.

“Kami berharap bekalan barangan keperluan mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmESGc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri

Itulah artikel Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/barang-keperluan-mencukupi-sempena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Barang Keperluan Mencukupi Sempena Ramadan & Aidilfitri"

Catat Ulasan

Loading...