Loading...

Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan.

Loading...
Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan.
link : Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan.

Baca juga


Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan.

Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan.

Kebanyakan kita selalu merungut servis yang diberikan oleh hospital kerajaan lembab dan tunggu berjam-jam. Layanan pula sangat teruk.

Keadaan yang crowded dan terlalu ramai orang inilah yang selalu dirungut oleh kebanyakan kita.

Ramai yang mengatakan rakyat Malaysia tidak tahu bersyukur dengan kerajaan asyik nak komplen ajer... Semua nya asyik salah jer.

Terbaru seorang doktor hospital kerajaan telah berkongsi pengalaman beliau mengendalikan rawatan seorang pesakit warga Rohingya. Amat mengejutkan beliau apabila sikap terima kasih dan bersyukur yang tidak terhingga dari warga Rohingya itu selepas mendapat rawatan.

Mari kita baca pengalaman doktor ini.

“Apa yang aku nak cerita ni dah lama terpendam dalam hati. Aku ni berkerja dalam bidang kesihatan. Aku nak cerita pasal sikap rakyat Malaysia dan warga asing. Boleh jadi dia mat saleh, mat bangla, rohingya, myanmar, mat indon dan lain-lain. Semalam aku ada dapat satu kes, pesakit ditriage yellow warga asing orang rohingya.”
“Dia masuk ke kecemasan lebih kurang 30 minit, tapi aku tak sempat tengok lagi. Ada kes lain lebih urgent untuk aku attend ada kes serangan jantung dan bayi umur 37 hari sebab chokin). Selain dari itu, pesakit ini ada kad UNCHR. MA aku tulis chief complaint pesakit, abnormal behavior.”
“Aku dah takut kes psychiatry – aggresive behavior ke, jenuh nak layan. Apapun, pesakit ini pun bukan senang nak handle nak communicate bukan main susah. Tapi dia ada kawan-kawan dia tolong translate. Itu pun tak boleh pakai sangat. Bila korek cerita, geng dia kata mamat itu dah seminggu ‘berperangai pelik’. Aku tanya pelik macam mana?”
“Member dia cakap, dia tak boleh tidur seminggu rupanya dan demam pun seminggu. Siap bawa pergi jumpa bomoh dan bomoh punya diagnosis, ‘bukan buatan orang, ini medical case’. Hebat jugak bomoh ini. Mulanya, aku takut meningitis infeksi selaput meningeal kat otak sebab dia cakap demam + abnormal behavior. Bila aku check suhu, tak demam plus physical exam pun tak menjurus ke arah meningitis. Pesakit masih orientated, tahu waktu, tempat dan orang sekeliling dia.”
“Kedua, aku takut dengue atau leptospirosis atau kencing tikus. Jadi, aku minta MA aku ambil blood investigation untuk FBC (Full blood count), RP (Renal Profile), CE (Cardiac Enzyme). Ini kira blood basic sebelum aku nak further ke test lain. Tapi MA aku tahan aku sekejap, ‘Bos, diorang boleh bayar ke?’. Satu test FBC RM40. Itu belum RP yang kena guna reagen yang mahal dan lain-lain. MA aku bagus, dia bukan berkira, tapi soal tanggungjawab.”
“Semua test itu subsidi kerajaan untuk rakyat Malaysia saja untuk warga asing sekurang-kurangnya pendaftaran dah RM100. Kalau buat xray ke, ambil blood investigation ke (walaupun yang basic), mahu dekat RM200++ plus registration fee. Jadi aku sembang balik dengan diorang, dan diorang setuju untuk ambil FBC sahaja. Bermaksud kena bayar RM40. Total pendaftaran RM100 + RM40 untuk FBC. Bila dah capai kata sepakat, aku nak tengok pesakit lain.”
“Sekali bos diorang datang dan aku tak tahu pun siapa, bangsa apa maksud aku Malaysian or foreigner. Dia suruh cancel dan AOR (At own risk) discharge untuk pergi ke hospital lain. Kalau pergi hospital kerajaan lain pun sama saja bayaran dia. Kalau private, lagi mahal. Aku agak skeptikal juga dengan bos dia walaupun aku tak bersemuka. Beransur geng-geng ini tadi untuk keluar. Lepas sign surat AOR, salah seorang dari member pesakit ini hulur RM50 kat aku.”
“‘Bang, ambil la. Kasik belanja kawan-kawan minum ka makan’, sambil tangan dia menunjuk ke arah staf-staf aku yang tengah buat kerja. Aku faham maksud dia. Tapi aku tolak lembut.”
“‘Eh, you simpan. Saya sudah ada gaji. Kasik belanja kawan-kawan you la. Takpa.’, aku cuba mengelak. Tapi mamat ini pun boleh tahan, dia ambil tangan aku, dia letak RM50 tu, then dia paksa gengamkan tangan aku. Terkejut jugak aku. ‘Saya mau ucap terima kasih. Itu saja.’, sambil senyum.”
“Aku pula yang pening. Last-last aku ambil balik duit itu, terus aku masukkan dalam kocek baju dia. ,’You simpan duit ni. Kalau takmau pakai, simpan. Jangan bagi saya. Bagi adik you, keluarga you.’ Kali ni aku serius. Dia tak bagi reaksi dan cuma angguk dan senyum. Panjang cerita aku. Ni baru nak masuk main point.”
“Kau tengok bangsa asing macam Rohingya ni. Rasa bersyukur dia macam mana. Bukan aku nak suruh orang hulur duit kat aku lepas buat kerja, tapi macam mana ‘grateful’nya dia lepas terima rawatan. Padahal aku tak bagi ubat apa pun lagi, just baru habis ambil patient history dan baru nak start drip, ambil darah. Kalau orang kita, lambat sikit dah melenting. Itu belum yang ada jawatan, saya kenal YB, pengarah hospital, perdana menteri lah. Bukan aku nak cakap semua foreigner ni bagus, ada saja yang tak bagus. Bawa lari anak orang, mencuri, merompak. Banyak lah. Tapi kalau Melayu yang bawa lari anak Melayu, tak pula kita generalisekan bangsa sendiri.”
“Berikutnya, dia punya chief complaint dah seminggu iaitu demam. Kita demam baru 3 jam dah mai kecemasan. Tanya ada makan ubat demam atau tak, geleng kepala. Batuk 2 hari datang kecemasan pukul 3 pagi. Lepas tu minta MC. Jatuh 3 minggu lepas, datang complaint sakit kaki pukul 2.37 pagi. Bila tak bagi MC, tulis layanan tak mesra, doktor salah, misi dan MA salah. Viral sana sini. Hujung pangkal cerita tak tahu, yang penting viral. Apa yang aku nak cakap, adalah common sense. Kata mentaliti kelas pertama kannn. Boleh fikir apa maksud kecemasan tu.”
“Seterusnya, subsidi. Aku sejujurnya bukanlah pro kerajaan sangat. Tapi bab kesihatan memang aku tabik. Walaupun aku tak tahu, sistem yang kita guna pakai ini sustainable ke tak. Subsidi kesihatan kita mencanak. Ubat beribu-ribu harga kita bayar berpuluh ringgit saja. Kadang-kadang cukup satu ringgit. Buat operation, operation cost kerajaan subsidised. Bayar pun jauh lebih murah dari harga asal. Tapi kita tetap bising. Hospital lembab. Tak berkualiti.”
“Aku pernah dengar satu slogan satira dari negeri seberang, ‘Orang miskin dilarang sakit’. Sebab apa? Kalau tak ada duit, sapa nak bayar rawatan kau. Nak jadi macam tu? Ubat diberi tak makan. Habis subsidi macam tu saja. Tapi subsidi petrol hilang marah macam minum pakai petrol. Kemudian percaya bomoh dan segala rawatan 99 dalam 1. Kita nak rawatan pukal. Sekali ambil, sembuh semua,” tulisnya.
Marilah sama² kita membuat perbandingan isu ini. Apa yang dilalui oleh kita rakyat Malaysia dan warga asing. Adakah hospital kerajaan kita masih lembab atau masyarakat kita sendiri yang cerewet? 
Mari kita renung²kan... 

Wassalam...


✍ Sumber Pautan : ☕ Isu malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qhVS0s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan.

Itulah artikel Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bayar-murah-tapi-kita-tetap-heboh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bayar Murah, Tapi Kita Tetap Heboh Bising Hospital Lembab!! Luahan hati Seorang Doktor Kerajaan."

Catat Ulasan

Loading...