Loading...
Tajuk : Bekalan Ikan Cukup Sehingga Aidilfitri
link : Bekalan Ikan Cukup Sehingga Aidilfitri
Bekalan Ikan Cukup Sehingga Aidilfitri
SHAH ALAM: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini.
Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata LKIM sudah berbincang dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Persatuan Nelayan Laut Dalam berhubung perkara terbabit untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
Beliau berkata, ketika ini, jumlah tangkapan ikan di Perak seperti di Pantai Remis, Bagan Panchor dan Hutan Melintang serta perairan Selangor menunjukkan peningkatan.
"NEKMAT sudah mengumpulkannya untuk dijadikan produk ikan sejuk beku segar Q' Fish sebagai bekalan musim perayaan. "NEKMAT memaklumkan mempunyai stok ikan sejuk beku segar sebanyak 50 tan.
"Sekiranya berlaku kekurangan bekalan ikan di pasaran, NEKMAT akan melambakkan stok bekalan ikan itu di semua pasar tani di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Irmohizam berkata, LKIM yakin jumlah itu mampu menampung permintaan pasaran sepanjang Ramadan dan tempoh musim perayaan Aidilfitri.
"LKIM yakin harga ikan dijangka terus stabil dan berpatutan ekoran tidak mengalami masalah bekalan.
"LKIM bersama NEKMAT, Jabatan Perikanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sudah melakukan persiapan memastikan bekalan ikan mencukupi dan harga ikan yang berpatutan," katanya.
Terdahulu, Irmohizam mengadakan lawatan mengejut di Pasar Ikan Pasir Penambang bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9vfvR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bekalan Ikan Cukup Sehingga Aidilfitri
Itulah artikel Bekalan Ikan Cukup Sehingga Aidilfitri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bekalan Ikan Cukup Sehingga Aidilfitri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bekalan-ikan-cukup-sehingga-aidilfitri.html
0 Response to "Bekalan Ikan Cukup Sehingga Aidilfitri"
Catat Ulasan