Loading...
Tajuk : Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli
link : Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli
Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli
Sinar Harian28 Mei 2017
(Dari kanan) Razali dan Jaya Suria menunjukkan telefon bimbit dan surat perakuan daripada syarikat pengeluar jenama telefon bimbit. Turut kelihatan Mohd Aryan (kiri).
SEREMBAN – Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) memberi tempoh tiga hari bermula semalam, kepada pemilik sebuah kedai telefon bimbit di Terminal 1 di sini, untuk menggantikan telefon bimbit baharu yang asli kepada seorang pelajar kolej yang mendakwa ditipu dalam kejadian 12 Mei lalu.
Presiden, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, jika pemilik premis masih tidak mengendahkan amaran itu beliau akan membawa perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan untuk diambil tindakan lebih tegas.
“Saya terpanggil untuk membantu mangsa lebih-lebih lagi dia merupakan seorang pelajar. Kita tak mahu duit, tapi nak ganti dengan telefon bimbit baru yang asli. Lagipun kejadian pembeli telefon bimbit ditipu di sini bukan pertama kali berlaku.
“Sebelum ini pun saya telah membawa perkara ini ketengah, tapi nampaknya sejak kebelakangan ini ia berulang semula dan mereka seolah-olah mempermainkan hak pengguna terutamanya membabitkan pelajar,”katanya pada sidang media diadakan di Terminal 1 di sini.
Hadir sama mangsa, Jaya Suri Abdullah,18, dan Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat (PPMM), Mohd Aryan Khalish Arumugam.
Selain itu Razali berkata, KPDNKK juga digesa untuk turun padang melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.
Razali berkata, sebagai sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) beliau akan terus memperjuangkan isu tersebut bagi mempertahankan hak pengguna.
“Kejadian seperti ini perlu dihebahkan supaya ia dapat beri kesedaran kepada orang ramai apa hak mereka selaku pengguna.
“Kita jangan biar peniaga mempermainkan hak kita dan pada masa sama peniaga juga perlu sedar tentang tanggungjawab mereka,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan mangsa, kecewa apabila menyedari telefon bimbit jenis Samsung J5 yang dibeli dengan harga RM890 adalah tiruan apabila ia rosak selepas seminggu digunakan.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qw6I1T
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli
Itulah artikel Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/beri-tempoh-3-hari-ganti-dengan-telefon.html
0 Response to "Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli"
Catat Ulasan