Tajuk : Bom Jakarta: Manifestasi pasca pimpinan Muhammad Wanndy - TPM
link : Bom Jakarta: Manifestasi pasca pimpinan Muhammad Wanndy - TPM
Bom Jakarta: Manifestasi pasca pimpinan Muhammad Wanndy - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan militan Daish tidak pernah lenyap dan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi.
"Apabila Muhammad Wanndy, salah seorang pemimpin (Daish) mati di Syria baru-baru ini, mereka (militan Daish) memperlihatkan bahawa tanpa Muhammad Wanndy, mereka boleh hidup serta ada ramai lagi jiwa Muhammad Wanndy dalam kalangan mereka. Bukan sahaja di Indonesia, bahkan di selatan Filipina, di selatan Thailand.
"Jangan pernah ambil mudah dalam soal keganasan, ia akan berlaku bila-bila dan di mana-mana. Jangan pernah ambil mudah. Kita harus berada dalam kesiapsiagaan sebab mereka akan mencari peluang untuk melakukan apa sahaja," katanya pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama peserta Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2016 di sini, hari ini.Jelas Ahmad Zahid, ancaman militan Daish tidak pernah membezakan sempadan negara walaupun terdapat perkhidmatan dan teknologi terkini seperti Pusat Serantau Digital Bagi memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC).
"Walaupun kita ada CMC dan pusat pemantauan di Kementerian Luar, namun meraka telah mewujudkan khatibah Nusantara, iaitu satu wilayah di kepulauan Melayu atau kepulauan Nusantara. Mereka mengetepikan batas dan sempadan politik.
"Mereka tidak ada sempadan Indonesia, Thailand, Malaysia, Brunei mahupun Singapore. Bagi mereka ini adalah satu khatibah atau wilayah Nusantara, di bawah satu kerajaan iaitu kerajaan mereka. Kita menetang mereka sebab kita tidak mahu mereka porak peranda dilakukan oleh mereka," tegas Ahmad Zahid.
Justeru katanya, Malaysia mahu keharmonian dalam kepelbagaian kaum yang bertentangan dengan iltizam Daish itu hanya mahu radikalisme, ekstremisme dan militan dalam Islam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTCXtV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bom Jakarta: Manifestasi pasca pimpinan Muhammad Wanndy - TPM
Anda sedang baca artikel Bom Jakarta: Manifestasi pasca pimpinan Muhammad Wanndy - TPM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bom-jakarta-manifestasi-pasca-pimpinan.html
0 Response to "Bom Jakarta: Manifestasi pasca pimpinan Muhammad Wanndy - TPM"
Catat Ulasan