Loading...
Tajuk : Bunuh bayi: Pasangan kekasih berdepan hukuman mati
link : Bunuh bayi: Pasangan kekasih berdepan hukuman mati
Bunuh bayi: Pasangan kekasih berdepan hukuman mati
BernamaSepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia setahun lapan bulan, anak kepada wanita berkenaan, minggu lepas.
Sofia Nabila Naim, 22, dan Mohd Hanafi Misban, 28, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan sebaliknya hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Salawati Djambari.
Mohd Hanafi merupakan seorang mekanik manakala Sofia tidak bekerja dan kini hamil tiga bulan, hasil hubungan mereka.
Mangsa bayi itu merupakan anak kepada tertuduh wanita hasil hubungan luar nikah dengan lelaki lain.
Kedua-duanya, yang tinggal bersekedudukan, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu ke atas mangsa, Muhammad Zahril Sufyan Abdul Zahir, di sebuah rumah di Blok 4 peringkat dua, Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, antara 7.10 pagi hingga 2.30 petang, 15 Mei lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan dan dibacakan bersama Seskyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Hakim menetapkan 3 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan penuh bedah siasat dan ujian DNA.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Suhaila Shafi'uddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.-Bernama

Thus Article Bunuh bayi: Pasangan kekasih berdepan hukuman mati
Itulah artikel Bunuh bayi: Pasangan kekasih berdepan hukuman mati Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bunuh bayi: Pasangan kekasih berdepan hukuman mati dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/bunuh-bayi-pasangan-kekasih-berdepan.html
0 Response to "Bunuh bayi: Pasangan kekasih berdepan hukuman mati"
Catat Ulasan