Loading...
Tajuk : Burger King Bangkitkan Kemarahan Keluarga Diraja Belgium
link : Burger King Bangkitkan Kemarahan Keluarga Diraja Belgium
Burger King Bangkitkan Kemarahan Keluarga Diraja Belgium
BRUSSELS: Burger King berhadapan masalah dengan keluarga diraja Belgium berhubung kempen iklan meminta rakyat negara itu mengundi secara atas talian untuk 'memahkotakan' restoran makanan segera itu sebagai pemerintah sebenar Belgium.
Iklan itu dibuat berikutan pelancaran jenama Amerika Syarikat berkenaan di Belgium pada bulan depan.
Wakil Raja Philippe, semalam meminta unit tempatan Burger King yang dimiliki Restaurant Brands International, menjelaskan perkara itu.
"Kami memberitahu kami tidak gembira dengan tindakan mereka menggunakan imej Raja dalam kempen," kata jurucakap istana, Pierre-Emmanuel De Bauw, menambah imej monarki, dalam kes ini berbentuk kartun, tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan.
Sementara itu, jurucakap Burger Brands Belgium, Shana Van den Broeck, berkata syarikat berkenaan mempertimbangkan sama ada membuat perubahan pada iklan.
Iklan animasi itu, menjelaskan Raja Philippe dimahkotakan pada 2013, mengumumkan pelancaran jenama di Belgium bulan ini dan meminta: "Dua Raja. Satu mahkota. Siapa yang akan memerintah? Undi sekarang ..."
Sesiapa yang mengundi monarki berusia 57 tahun itu berhadapan siri persoalan seperti: "Anda yakin ...? Beliau tidak akan memasak kentang goreng untuk anda." - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAmXLG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Burger King Bangkitkan Kemarahan Keluarga Diraja Belgium
Itulah artikel Burger King Bangkitkan Kemarahan Keluarga Diraja Belgium Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Burger King Bangkitkan Kemarahan Keluarga Diraja Belgium dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/burger-king-bangkitkan-kemarahan.html
0 Response to "Burger King Bangkitkan Kemarahan Keluarga Diraja Belgium"
Catat Ulasan