Tajuk : Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama
link : Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama
Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama
783
Gaya HidupSeawal pukul 5 pagi tadi, peluang bersahur dan berbuka puasa hari pertama Ramadhan tahun ini tidak dilepaskan oleh pendatang baharu industri hiburan, Cassidy La Creme.
Merasakan sendiri nikmat bersahur, Cassidy, 29, kelihatan ceria dalam sepotong video yang dimuat naik di Instastory miliknya. Video itu juga dikongsikan di Facebook.
Cassidy turut melayangkan ucapan selamat bersahur kepada penganut agama Islam. Tulisnya; "Selamat pagi semua! Saya sudah makan sahur... Dah makan? Selamat berpuasa."
Penyanyi itu turut memuat naik gambar juadah bersahur pertamanya.
Hal itu telah mendapat reaksi positif netizen yang memuji usahanya bersahur dan memberikan semangat untuk bersama-sama meraikan kedatangan bulan Ramadhan.
"Selamat berpuasa Cassidy, selamat meraikan 1 Ramadhan. Jangan lepaskan peluang ke bazar Ramadhan dan mencuba pelbagai juadah enak nanti," ucap Norsyamimi Md Saad.
"Selamat mencuba... Kalau anda mampu melakukan selama 20 hari kita berduet nyanyi lagu raya ya," cabar Ajak Santero.
"Wanita yg cantik ialah wanita yg bangun sahur dengan natural looks . Cassidy contohnya," tulis Nik Harmirul Lee.
"Non muslim pun cuba nak puasa. Ada segelintir muslim yang tak nak puasa. Tak malu pulak tu makan depan orang," tempelak Muhamad Syahir Yaacob.
Cassidy merupakan penyanyi kelahiran Australia dan kini menetap di Kuala Lumpur. Sering menyanyikan semula lagu berbahasa Melayu, Cassidy kini muncul dengan single terbaharu berjudul Seperti Dia.
Teks oleh: Amri Hassan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKL0Mc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama
Anda sedang baca artikel Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/cassidy-kongsi-pengalaman-puasa-kali.html
0 Response to "Cassidy Kongsi Pengalaman Puasa Kali Pertama"
Catat Ulasan