Loading...

Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh

Loading...
Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh
link : Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh

Baca juga


Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh


Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
SHAH ALAM - "Mereka yang mendakwa mereka sokong saya (dan mahu Tan Sri Muhyiddin disingkir dari Bersatu) sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," demikian ujar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, golongan yang memasang niat untuk menjatuhkan Muhyiddin sebagai presiden parti dan berpura-pura menyokongnya hanya mahu melihat Bersatu kecundang dan berpecah sebelum PRU.
"Kononnya Muhyiddin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna sa
ya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.

"Banyaklah kerja yang dibuat oleh Muhyiddin untuk menjayakan Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.

"Jika hari ini dia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU14," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, golongan tersebut juga sebenarnya mahu melihat beliau gagal dan Najib berjaya.

"Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Najib.

"Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Bersatu daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka.

"Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Bersatu," katanya lagi.



Thus Article Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh

Itulah artikel Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/dakwa-sokong-tapi-sebenarnya-musuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwa sokong tapi sebenarnya musuh"

Catat Ulasan

Loading...