Loading...

DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA

Loading...
DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA
link : DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA

Baca juga


DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA

Susan Loone




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus dibidas kerana tidak mengadakan sistem tender terbuka berhubung pajakan sebidang tanah kerajaan di sebuah hospital swasta di lebuh raya Peel Avenue.

MCA mendakwa seterunya itu bermuka-muka sejak parti itu mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008.

Setiausaha Penganjur MCA negeri, Dr Tan Chuan Hong mempersoalkan mengapa tiada sebarang keperluan untuk mengadakan tender terbuka sekiranya 6.4 ekar tanah di Peel Avenue dianggap sebagai pelaburan asing.

Tanah itu baru-baru ini dipajak kepada Hospital Island Pulau Pinang, yang pemegang sahamnya adalah rakyat Singapura.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh mengeksploitasi hak rakyat untuk mengetahui dan melanggar janji CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan)?" Soal Tan dalam satu kenyataan.

Mendakwa RM2 bilion perjanjian pelaburan itu sebagai "bermasalah", Tan membandingkan harga tanah Peel Avenue dengan harga tanah di kawasan berhampiran seperti Gurney Drive, yang bernilai RM1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM1,000 setiap kaki persegi.

"Tetapi kerajaan negeri jual plot di Peel Avenue dengan hanya RM560 sekaki persegi. Adakah ini satu transaksi separuh harga melibatkan perjanjian di bawah meja?" Soal beliau.

Lim yang mempertahankan perjanjian itu, berkata tender terbuka tidak perlu kerana projek Hospital Island dianggap sebagai pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri bernilai tinggi.

Beliau membandingkan projek untuk seperti pasaraya IKEA di Batu Kawan dan firma elektronik seperti Intel, yang mempunyai kilang-kilang di Zon Perindustrian Bayan Lepas.

Lim juga mendakwa pelaburan itu akan membawa pulangan RM7 bilion, di samping menyediakan 3,000 peluang pekerjaan di Pulau Pinang serta menjadikan negeri ini sebuah bandar perubatan antarabangsa yang berpotensi tinggi untuk pelancongan perubatan di rantau ini.

"Tetapi adakah projek pembangunan Pulau Pinang yang lepas tidak melibatkan pelaburan asing? Mengapa pelaburan asing sebelum ini memerlukan tender terbuka?" Soal Tan.



Thus Article DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA

Itulah artikel DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/dap-bermuka-muka-sejak-ambil-alih-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP bermuka-muka sejak ambil alih, kata MCA"

Catat Ulasan

Loading...