Tajuk : DBKL banteras penceroboh laluan bas dan teksi
link : DBKL banteras penceroboh laluan bas dan teksi
DBKL banteras penceroboh laluan bas dan teksi
Dalam operasi bermula jam 10.30 pagi itu, lebih 40 notis kesalahan dikeluarkan dalam tempoh sejam yang menunjukkan sikap tidak prihatin pemandu di ibu kota mengenai peraturan larangan memandu di lorong khas bas dan teksi.
Selain itu, pemandu yang menggunakan lorong bas juga menyalahkan pemandu lain kerana tidak memberi laluan, kurang peka, kesesakan jalan dan ada yang menafikan melakukan kesalahan itu hingga sanggup bertikam lidah dengan pegawai penguat kuasa bertugas.
Menurut Ketua Cawangan Penguatkuasaan Trafik DBKL Mohd Hisham Izhar sejumlah 18,535 notis kesalahan dikeluarkan bermula Januari sehingga April lepas."Walaupun maklumat ditayangkan di VMS (Variable Messaging Signs) dan ada tanda ''Bas, Teksi Sahaja'' dicat dengan jelas di permukaan jalan raya, masih ramai yang melanggar peraturan, malah ada yang meletakkan kenderaan di bahu jalan di lorong khas itu menjadikan jalan raya sesak," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi berkenaan.
Menurutnya, lorong khas bas bertujuan memastikan pergerakan bas lebih lancar dan mengikut jadual ditetapkan walaupun ketika jalan raya sesak bagi memastikan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota tercapai.
Beliau berkata bagi memantapkan penguatkuasaan, DBKL akan menjalankan operasi secara lebih kerap selain bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menyenarai hitam pemandu yang ingkar.
Terdapat 13 lorong bas yang digazetkan DBKL antaranya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Dang Wangi.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzzqDR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article DBKL banteras penceroboh laluan bas dan teksi
Anda sedang baca artikel DBKL banteras penceroboh laluan bas dan teksi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/dbkl-banteras-penceroboh-laluan-bas-dan_24.html
0 Response to "DBKL banteras penceroboh laluan bas dan teksi"
Catat Ulasan