Loading...

Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan

Loading...
Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan
link : Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan

Baca juga


Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Tiga anggota Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Grevemberg akan melawat negara ini minggu depan bagi membincangkan kemungkinan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel untuk kali kedua selepas 1998.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata delegasi itu akan melawat beberapa gelanggang sukan di sekitar Lembah Klang sebelum membuat penilaian mengenai kemampuan negara ini menganjurkan temasya sukan utama termasuk Sukan Komanwel.

“CGF akan datang ke mari minggu depan untuk melakukan kajian dan melaporkan mengenai kemampuan kita sama ada bersedia menganjurkan Sukan Komanwel 2022 atau mungkin 2026,” katanya.

Tunku Imran berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM kali ke-182 di Wisma OCM di sini hari ini.

Katanya keputusan Sukom Ninety Eight Berhad (Sukom ’98) memperkenalkan ragbi tujuh sebelah apabila Malaysia menganjurkan temasya empat tahun sekali itu pada 1998, menjadi titik perubahan bagi CGF memilih negara ini sebagai sebahagian daripada lawatan mereka.

“Ragbi tujuh sebelah tidak akan dipertandingkan di Sukan Olimpik jika Malaysia tidak memperkenalkan acara itu di Sukan Komanwel 1998 dan dunia ragbi juga menerima hakikat acara-acara ini mendapat pengiktirafan yang baik,” kata Tunku Imran.

Sementara itu, beliau berkata kehadiran delegasi tersebut adalah untuk meninjau kemudahan sukan ketika ini walaupun setakat ini Malaysia tidak menunjukkan sebarang minat menganjurkannya.

“CGF datang ke sini untuk meninjau kemudahan yang ada dan kami membenarkan mereka untuk melihatnya. Saya rasa ia adalah elok untuk mengetahui berapa kos untuk menganjurkan temasya ini selepas penilaian dilakukan oleh mereka,” kata Tunku Imran.

Gold Coast, Australia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsung dari 4-15 April.- BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7X75p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan

Itulah artikel Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/delegasi-cgf-lawat-malaysia-minggu-depan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Delegasi CGF Lawat Malaysia Minggu Depan"

Catat Ulasan

Loading...