Loading...

Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas

Loading...
Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas
link : Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas

Baca juga


Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas


SUNGAI BULOH, SELANGOR - Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera dibelasah dan melecur akibat disiram dengan air panas oleh sekumpulan lelaki, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa cedera di bahagian muka, badan serta melecur di belakang badan, bahu kiri dan leher. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam berkata, mangsa dipercayai dibelasah lebih kurang 10 hingga 15 lelaki.

"Bagaimanapun, tujuh daripada kumpulan itu termasuk suami kepada wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan mangsa ditahan," katanya. 

Mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh dan keadaannya kini stabil.

Menurut sumber, apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham yang mana mangsa adalah anak murid kepada wanita berkenaan, yang juga rapat sejak dari sekolah.

"Kebetulan si suami dan si cikgu ini sedang dalam krisis dan si suami mengesyaki mangsa guna ilmu hitam untuk mendapatkan isteri dia, sedangkan mangsa tidak berbuat demikian.

"Malam semalam, lelaki itu datang memanggil mangsa untuk datang berjumpa. Mangsa yang datang seorang diri terus dipukul dengan helmet di kepala.

"Mangsa kemudian dibelasah sekumpulan lelaki sebelum disiram dengan air panas dengan perlahan-lahan di atas kepala mangsa, sambil tangannya ditahan oleh beberapa lelaki yang terlibat bagi mengelakkan mangsa melarikan diri.

"Tiada puas hati lagi, mereka kemudian mengambil satu lagi periuk air panas lalu disiramkan ke atas mangsa," katanya. 

Subramaniam berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi Balai polis Sungai Buloh untuk membantu siasatan. - The Reporter


Thus Article Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas

Itulah artikel Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/dituduh-kacau-isteri-orang-lelaki-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dituduh Kacau Isteri Orang, Lelaki Ini Dibelasah & Disiram Air Panas"

Catat Ulasan

Loading...