Loading...

Doa keluarga termakbul

Loading...
Doa keluarga termakbul - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Doa keluarga termakbul, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Doa keluarga termakbul
link : Doa keluarga termakbul

Baca juga


Doa keluarga termakbul

“SAYA bersyukur doa kami sekeluarga termakbul, saya berharap Hidir dalam keadaan baik,” kata Zuhairah Yusoff Ayudin, 54, ibu kepada Leftenan Mohd Hidir Yusoff Bakri, 32.

Mohd Hidir bersama lapan lagi kru KD Perdana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang selepas terputus hubungan dengan kapal yang membawa Tim Menggeledah, 9.30 Sabtu lalu.

Zuhairah berkata, dia terkejut apabila diberitahu bot yang dinaiki anaknya itu ditemui selamat dan melahirkan rasa syukur.

"Sejak dimaklumkan dia (Hidir) hilang, kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa dan melakukan solat hajat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat yang berusaha mencari kru yang hilang dan akhirnya membuahkan hasil," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Zuhairah, pihak TLDM masih belum menghubunginya untuk memaklumkan keadaan sebenar Hidir.

"Namun saya sangat bersyukur kerana dimaklumkan bot berkenaan ditemui selamat.

"Saya akan ke Kuantan, Pahang selepas dimaklumkan situasi terkini oleh pihak TLDM," katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi Sabtu lalu, bot dinaiki sembilan kru Tim Menggeledah melakukan rondaan rutin sebelum mengesan 10 bot nelayan Vietnam sedang berada di perairan negara.

Lima daripada bot berkenaan berjaya dihalau keluar ke Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) manakala lima bot lagi menghala ke utara Tanjung Sedili.

Pada 1 tengah hari, lima lagi bot nelayan asing dikesan sebelum bot kru Tim Menggeledah diarah memeriksa dua daripada bot nelayan berkenaan yang bergerak ke barat manakala KD Perdana bergerak mengusir tiga bot lain.

Kira-kira 30 minit kemudian, bot kru Tim Menggeledah gagal dihubungi KD Perdana menggunakan walkie talkie. Berikutan itu, satu operasi mencari bot berkenaan digerakkan.

Kali terakhir bot berkenaan mengadakan hubungan komunikasi adalah pada kedudukan 29 Batu Nautika dari Tanjung Sedili Besar, Johor.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtxI6T

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Doa keluarga termakbul

Itulah artikel Doa keluarga termakbul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Doa keluarga termakbul dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/doa-keluarga-termakbul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Doa keluarga termakbul"

Catat Ulasan

Loading...