Tajuk : Dubai Kini Menggunakan Polis Robot – Menyasarkan 25% Polis Menjelang 2030 Adalah Robot
link : Dubai Kini Menggunakan Polis Robot – Menyasarkan 25% Polis Menjelang 2030 Adalah Robot
Dubai Kini Menggunakan Polis Robot – Menyasarkan 25% Polis Menjelang 2030 Adalah Robot
Mungkin ramai sedia mengikuti cerita fiksyen RoboCop, dimana watak utamanya adalah seorang manusia yang diubah menjadi cybrog atau robot. Kini, di Dubai, perkara berkenaan hampir serupa, apabila kini mereka telah pun mula menggunakan robot sebagai anggota polis untuk beberapa tugasan asas.
Buat permulaan ini, polis robot ini hanya beroperasi sebagai sebuah kiosk bergerak sahaja – dimana pengguna boleh menghantar laporan, membayar saman, serta membuat interaksi asas melalui sebuah skrin sentuh yang hadir padanya. Pengguna juga boleh bertanyakan soalan, selain robot tersebut akan dilengkapi dengan kamera yang menghantar siaran masa-nyata ke pusat kawalan untuk pelbagai analisa.
Walaubagaimanapun, bandar yang memfokuskan kepada arena futuristik ini dilihat ingin terus memperkembangkan ia kepada tahap seterusnya. Dubai menyasarkan menjelang 2030 kelak, sekitar 25% daripada keseluruhan anggota polis mereka dijangka akan menggunakan robot.
Robot tersebut kealk dijangka boleh mengejar penjahat, membuat tahanan, dan sebagainya. Dubai sendiri sedia bekerjasama dengan beberapa pihak untuk tujuan menjayakannya, termasuk bersama pihak IBM.
Apa pun, dengan perkembangan ini, semestinya salah satu perkara yang akan terus diperdebatkan adalah mengenai etika dan bagaimana kesannya kelak terhadap tanggungjawab dalam menggunakan robot untuk menahan penjahat dan sebagainya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNn9rV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Dubai Kini Menggunakan Polis Robot – Menyasarkan 25% Polis Menjelang 2030 Adalah Robot
Anda sedang baca artikel Dubai Kini Menggunakan Polis Robot – Menyasarkan 25% Polis Menjelang 2030 Adalah Robot dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/dubai-kini-menggunakan-polis-robot.html
0 Response to "Dubai Kini Menggunakan Polis Robot – Menyasarkan 25% Polis Menjelang 2030 Adalah Robot"
Catat Ulasan