Loading...
Tajuk : Dubai Lancar Khidmat Polis Robot
link : Dubai Lancar Khidmat Polis Robot
Dubai Lancar Khidmat Polis Robot
DUBAI – Polis Dubai semalam melancarkan khidmat polis robot pertamanya yang akan digunakan untuk meronda jalan raya di sekitar bandar raya itu.
Robot setinggi 170 sentimeter dan seberat 100 kilogram itu dilengkapi dengan pengesan emosi yang boleh mengenali gerak geri serta isyarat tangan sejauh 1.5 meter.
Ia juga boleh mengesan emosi dan ekspresi muka manusia – sama ada invididu itu gembira, sedih atau tersenyum.
Apabila meronda di jalan raya, polis robot itu yang dilengkapi teknologi pintar terbaru boleh menggunakan perisian pengenalan muka untuk membantu polis mengenal pasti dan menangkap pesalah selain menyalurkan video secara langsung ke bilik operasi polis.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pintar Polis Dubai, Brigadier Khalid Nasser Al Razouqi berkata, pelancaran robot polis yang pertama di dunia itu adalah penting bagi Dubai dan ia langkah ke arah untuk merealisasikan wawasannya menjadi pemimpin global dalam melaksanakan bandar raya pintar. – Agensi/myMetro Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPctMa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Dubai Lancar Khidmat Polis Robot
Itulah artikel Dubai Lancar Khidmat Polis Robot Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Dubai Lancar Khidmat Polis Robot dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/dubai-lancar-khidmat-polis-robot.html
0 Response to "Dubai Lancar Khidmat Polis Robot"
Catat Ulasan