Tajuk : DUKE fasa 2 Jimat Masa Perjalanan
link : DUKE fasa 2 Jimat Masa Perjalanan
DUKE fasa 2 Jimat Masa Perjalanan
KUALA LUMPUR – Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun Razak ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan Karak melalui Tun Razak Link (TR Link) mampu menjimatkan masa perjalanan hingga 15 minit untuk ke Plaza Tol Batu atau Plaza Tol Sentul Pasar.
Pihak pengurusan DUKE berkata laluan sejauh sembilan kilometer yang menghubungkan Jalan Tun Razak iaitu berhampiran Hospital Kuala Lumpur ke persimpangan Sentul Pasar di Jalan Gombak itu turut dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Pahang khusus di Bulatan Pahang yang merupakan antara kawasan sesak pada waktu puncak,” kata Duke kepada Bernama.
Menurutnya sejak laluan itu dibuka pada 23 Mei lepas, purata 3,000 kenderaan menggunakan laluan TR Link sehari.
Sebahagian besar Fasa 2 DUKE yang sejauh 16.4 kilometer dan menelan belanja RM1.18 bilion melibatkan pembinaan jalan bertingkat.
Ia juga merangkumi TR Link dan Sri Damansara Link yang dihubungkan dengan Duke Fasa 1.
Projek Fasa 2 yang dijangka siap sepenuhnya antara Ogos atau September ini dikendalikan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd dengan kerjasama Ekovest. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWrJaM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article DUKE fasa 2 Jimat Masa Perjalanan
Anda sedang baca artikel DUKE fasa 2 Jimat Masa Perjalanan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/duke-fasa-2-jimat-masa-perjalanan.html
0 Response to "DUKE fasa 2 Jimat Masa Perjalanan"
Catat Ulasan