Tajuk : Eina Azman Beri Makan 30 Gelandangan di Paris
link : Eina Azman Beri Makan 30 Gelandangan di Paris
Eina Azman Beri Makan 30 Gelandangan di Paris
Ketika bercuti di Paris baru-baru ini, pelakon Eina Azman sempat menjamu gelandangan di negara itu kerana sayu melihat ramai yang kelaparan dalam cuaca sejuk.
Memetik laporan Berita Harian, ibu kepada sepasang cahaya mata kembar ini berkata, idea bersedekah itu timbul kerana beliau sering memasak dalam kuantiti yang banyak untuk keluarganya.
“Kasihan lihat kanak-kanak di tepi jalan tanpa tempat berlindung dengan cuaca sejuk di sana. Lebih menyayat hati, mereka bukan meminta duit sebaliknya memohon simpati untuk mengisi perut. Saya menjamu kira-kira 30 gelandangan dengan memasak ayam goreng berempah bersama nasi”.
“Terharu melihat mereka makan dengan penuh berselera sehingga licin. Saya selalu masak dalam kuantiti yang banyak kerana bercuti beramai-ramai bersama keluarga, lantas idea memasak untuk gelandangan itu timbul”, katanya.
Kejadian itu turut dikongsikan dalam laman Instagram Eina, yang menunjukkan beliau sedang mengagihkan makanan kepada gelandangan di kota cinta itu. Bagaimanapun, Eina menafikan andai ada pihak mendakwa dirinya menunjuk-nunjuk kerana ianya hanyalah peringatkan kepada semua.
“Saya dan suami kerap melakukan kerja amal di Malaysia, namun baru pertama kali memasak untuk gelandangan ketika melancong. Kalau tahu dari dulu lagi saya bantu mereka dengan cara begini,” jelasnya.
The post Eina Azman Beri Makan 30 Gelandangan di Paris appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbyu8G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Eina Azman Beri Makan 30 Gelandangan di Paris
Anda sedang baca artikel Eina Azman Beri Makan 30 Gelandangan di Paris dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/eina-azman-beri-makan-30-gelandangan-di.html
0 Response to "Eina Azman Beri Makan 30 Gelandangan di Paris"
Catat Ulasan