Tajuk : Emma Watson Mahu Lamar Kekasih 10 Tahun Lebih Tua?
link : Emma Watson Mahu Lamar Kekasih 10 Tahun Lebih Tua?
Emma Watson Mahu Lamar Kekasih 10 Tahun Lebih Tua?
Selama ini, kisah peribadi aktres cantik Emma Watson memang jarang di dedahkan kepada umum. Bintang filem Beauty And The Beast And The Beast ini lebih suka merahsiakan kehidupan personalnya termasuklah hubungan percintaan pengusaha di bidang teknologi yang usianya lebih tua 10 tahun darinya, William ‘Mack’ Knight.
Memetik laporan Female First, pasangan ini mula menjalin hubungan sejak 18 bulan lalu. Pun begitu, Kesibukan dan komitmen masing-masing menjadikan mereka untuk tidak terlalu mempamerkan hubungan membuat keduanya sangat jarang dapat dirakamkan lensa paparazzi.
Jarang bukan bererti tidak pernah. Baru-baru ini, Emma dan teman lelakinya dilaporkan keluar makan malam bersama di sebuah restoran di New York. Pasangan ini tampil santai dan sama sekali tidak menunjukkan kemesraan di depan khalayak.
Meskipun keduanya ‘nampak’ tidak bermesraan di tempat umum, namun Emma dan Mack khabarnya sudah menjalani hubungan sangat serius. Malahan menurut salah satu sumber kepada majalah Grazia, pasangan itu sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan.
“Emma dan Mack sudah memberitahu kepada beberapa orang teman, bahwa mereka sudah sedia untuk membawa hubungan mereka ke peringkat lebih serius dengan bertunang.
“Emma sangat selesa bersama Mack. Selama ini, Mack menjadi teman lelaki yang baik dan selalu menyokong Emma,” dedah sumber tersebut.
Bukan hanya itu, seperkara yang lebih penting di dedahkan sumber ialah, khabarnya Emma lah yang ingin melamar Mack dan bukan sebaliknya.
“Tapi melihat persamaan jantina di kariernya membuatkan Emma berfikir sesuatu yang berbeza. Emma memberitahu kepada teman-temannya, bahwa dia mahu melamar.
“Dia tidak melihat itu sebagai sesuatu yang perlu dihebohkan dan dia juga ingin mendorong banyak wanita untuk berfikiran berbeza,” kata sumber lagi.
Emma, 27, dikatakan akan berlutut untuk meminta Mack menjadi suaminya. Sementara mengenai konsep perkahwinannya nanti, sumber berkenaan mendedahkan, Emma khabarnya tidak mahu sesuatu yang tradisional.
“Dia lebih suka perkahwinan yang tidak tradisional. Makanya dia berfikir mahu berkahwin di tempat seperti di Oxfordhshire.
“Dia dan Mack sudah banyak menghabiskan masa bersama sewaktu sambutan hari Natal dan pasangan itu suka akan suasana di tempat tersebut. Tetapi mereka juga memikirkan lokasi di New York kerana lebih dekat dengan keluarga Mack,” tuturnya.
The post Emma Watson Mahu Lamar Kekasih 10 Tahun Lebih Tua? appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFMEKu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Emma Watson Mahu Lamar Kekasih 10 Tahun Lebih Tua?
Anda sedang baca artikel Emma Watson Mahu Lamar Kekasih 10 Tahun Lebih Tua? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/emma-watson-mahu-lamar-kekasih-10-tahun.html
0 Response to "Emma Watson Mahu Lamar Kekasih 10 Tahun Lebih Tua?"
Catat Ulasan