Loading...

FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila

Loading...
FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila
link : FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila

Baca juga


FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila



ARKIB : 28/05/2005

Oleh JOHARI SHAWAL

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyusun strategi terbaik bermula sekarang sebagai persiapan skuad kebangsaan menghadapi kejohanan besar termasuk Sukan SEA Manila dan Piala Belia Asia 2007.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, di bawah pentadbiran beliau, Piala Belia Asia 2007 menjadi keutamaan tetapi tidak mengetepikan cabaran Sukan SEA Manila.

``Kita mahu kekalkan kedudukan baik kita dalam Sukan SEA selain memberi tumpuan penuh kepada Piala Belia Asia.

``Untuk itu, kita ada perancangan yang difikirkan sesuai untuk mereka sebelum ke Manila,'' kata Dr. Ibrahim.

Beliau berkata, FAM sedang merangka perancangan itu, antara lain melibatkan perlawanan-perlawanan persahabatan di luar negara.

``Beberapa perlawanan persahabatan di luar negeri akan diatur yang mungkin termasuk di Poland, Uzbekistan dan Thailand,'' katanya.

Dr. Ibrahim berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian mengenai Pusat Latihan Awam Pertama Sekolah Bola Sepak Arsenal di sini, semalam.

Acara bola sepak Sukan SEA diperuntukkan bagi pemain bawah 23 tahun dan pencapaian terbaik Malaysia setakat ini ialah muncul naib juara pada temasya 2001 di Kuala Lumpur dan tempat ketiga di Vietnam 2003.

Malaysia menjadi tuan rumah untuk Piala Belia Asia 2007.

Sementara itu, Sekolah Menengah La Salle di sini menjadi medan pertama untuk latihan yang dikendalikan oleh Sekolah Bola Sepak Arsenal.

Ia dikendalikan oleh bekas jurulatih Kedah, Robert Albert yang pernah membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia pada 1993.

Albert akan dibantu oleh bekas penolong jurulatih skuad Olimpik Malaysia, B. Satianathan.

Albert berkata, Sekolah Bola Sepak Arsenal yang dikendalikan oleh Ark Sports Management Sdn. Bhd. di Malaysia, merancang untuk membuka enam lagi pusat latihan menjelang Februari 2006.

Pusat latihan terbesar dijangka diwujudkan di Port Dickson yang kemudian akan dikembangkan ke Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

``Semua program latihan akan dikendalikan oleh jurulatih yang memenuhi kriteria kelayakan program latihan Arsenal.

``Pelajar dalam program ini akan berpeluang untuk menyertai Festival Tahunan Bola Sepak Antarabangsa Arsenal yang diadakan setiap tahun di London, England,'' kata Albert.

Latihan pertama Sekolah Bola Sepak Arsenal di Sekolah Menengah La Salle itu dijadual berlangsung 25 Jun ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2r6NhQW
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila

Itulah artikel FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/fam-mula-rancang-strategi-terbaik-sukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila"

Catat Ulasan

Loading...