Loading...

FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang

Loading...
FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang
link : FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang

Baca juga


FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang

BUKIT MERTAJAM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang menafikan berlaku kekurangan bekalan kelapa di negeri itu sehingga menyebabkan kenaikan harga sejak awal Ramadan ini.

Pengurus Pusat Operasi FAMA negeri Akbaruddin Nasurdin berkata pihaknya telah menambah 50 peratus bekalan kelapa untuk sepanjang Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri ini bagi menampung permintaan tinggi sepanjang tempoh berkenaan.

“FAMA Pulau Pinang mengimport sebanyak 60,000 kelapa setiap bulan dari beberapa kawasan di Indonesia dan kami pula menambah lebih 50 peratus bekalan kelapa untuk Ramadan dan Hari Raya nanti.

“Sebelum ini kami membawa masuk kelapa dua atau tiga kali sebulan menerusi kapal kayu dan diturunkan di Pelabuhan Batu Pahat, Johor. Tetapi Ramadan kali ini FAMA mengimport kelapa setiap minggu serta lebih banyak dengan menggunakan kapal kontena,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan di sebalik jaminan diberikan FAMA bahawa harga kelapa tidak akan mengalami kenaikan, perkara sebaliknya pula berlaku awal Ramadan ini.

Peniaga memberi alasan terpaksa menaikkan harga hingga RM1 berikutan kenaikan kos pembelian daripada pemborong.

Akbaruddin berkata FAMA Pulau Pinang menjual kelapa pada harga RM1.70 sebiji kepada pemborong atau peruncit dan pihaknya percaya peniaga sengaja menaikkan harga berkenaan.

“Berdasarkan tinjauan kami, harga kelapa biji telah naik sejak tiga bulan lepas dan ia agak ketara menjelang Ramadan disebabkan peniaga mula mengambil kesempatan dari awal untuk naikkan harga sebelum harga kawalan pada Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.

Beliau berkata pemborong, peruncit, peniaga atau orang ramai yang mahu mendapatkan bekalan kelapa boleh membeli terus di Pusat Operasi FAMA Bukit Mertajam di Jalan Padang Lalang, di sini setiap hari bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Sementara itu, Akbaruddin berharap Pelabuhan Pulau Pinang dapat memberi kebenaran untuk membawa masuk kelapa dari Indonesia melalui pelabuhan berkenaan, kerana ia akan memudahkan pengedaran kelapa di kawasan utara.

“Kalau di Pelabuhan Batu Pahat, kos logistik dan upah meningkat dan jika bawa masuk melalui Pelabuhan Pulau Pinang ia lebih murah serta memudahkan kami mengedar di wilayah utara. Ia sekali gus dapat mengurangkan lagi harga kelapa,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sd9eeJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang

Itulah artikel FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/fama-ppinang-nafi-bekalan-kelapa-kurang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FAMA P.Pinang Nafi Bekalan Kelapa Kurang"

Catat Ulasan

Loading...