Loading...

FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar

Loading...
FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar
link : FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar

Baca juga


FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar


YANGON: Netizen di Myanmar terkejut selepas Facebook melarang mereka daripada menulis perkataan 'kalar' sering digunakan sebagai penghinaan ke atas umat Islam, ketika kebangkitan Islamofobia di negara itu.

Facebook kini menerima tekanan global bagi meredakan ucapan berunsur kebencian, ancaman ganas atau maklumat mengelirukan secara sengaja dalam platform mereka, dengan usaha itu menunjukkan kejayaan bercampur.

Berpuluh pengguna media sosial itu di Myanmar dilaporkan dilarang sementara daripada menggunakan laman berkenaan baru-baru ini selepas menulis terma kontroversi, kalar, kerap digunakan sebagai penghinaan ke atas minoriti Islam Rohingya di negara itu.

Sesetengah pengguna berkata, mereka malah disekat daripada menulis perkataan lain yang termasuk bunyi sama dalam huruf Burma, mengetengahkan kesukaran dihadapi Facebook memantau jutaan tulisan dalam pelbagai bahasa.

Seorang pengguna, Aung Kaung Myat berkata, dia dihalang daripada menanda 'like', menulis dan berkongsi kandungan di laman itu selama 24 jam minggu lalu selepas menggunakan perkataan kalar, begitu juga rakannya yang lain.

"Ia tidak masuk akal. Saya menjadi mangsa apabila menulis, 'Facebook memadam tulisan yang memasukkan perkataan kalar'," katanya.

Seorang jurucakap Facebook berkata, syarikat itu berusaha menyekat ucapan kebencian namun ketika 'pasukan kami memproses jutaan kandungan dilaporkan setiap minggu, kami kadang kala melakukan kesilapan.'

Seorang jurucakap kerajaan Myanmar berkata, ia tidak menggesa larangan terbabit.

Kalar adalah terma amat kontroversi di Myanmar, di mana ia digunakan bagi merujuk warga asing secara umum namun biasanya menggambarkan penduduk berasal dari India dan segala-galanya yang berkaitan budaya mereka.

Selama beberapa tahun ia bertukar kepada penghinaan oleh nasionalis Buddha ke atas penduduk Islam Rohingya. -AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAs66h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar

Itulah artikel FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/fb-sekat-netizen-myanmar-guna-perkataan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FB Sekat Netizen Myanmar Guna Perkataan Kalar"

Catat Ulasan

Loading...