Loading...
Tajuk : FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR
link : FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR
FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR
Siapa sebenarnya Florence Goh yang syarikat miliknya, Godfrey Group Limited didedahkan menandatangai dan membayar lebih RM1 juta kepada bekas pegawai kempen Donald Trump untuk melobi bagi pihak Malaysia dengan negara kuasa besar itu?
Meskipun Pejabat Perdana Menteri ada menafikan sebarang penglibatan beliau dan kaitanya dengan apa yang didedahkan itu, tetapi bukti-bukti yang ditampilkan berkaitan bayaran dan salinan borang yang dikemukakan kepada Jabatan Kehakiman AS memperlihatkan bahawa penafian semata-mata tidak lagi memadai.
Malah, pendedahan terbaru oleh Rafizi Ramli bahawa dua Ahli Parlimen, Shahrir Samad dan Nur Jazlan Mohamed didapati pernah hadir dalam program NGO yang diterajui oleh Florence Goh dan berada bersama-sama dengannya, tentu saja menimbulkan lebih banyak persoalan lagi.
Ia bukan saja membuktikan Florence Goh itu benar-benar wujud, tetapi juga menunjukkan beliau memang selalu bergaul dengan orang-orang atasan dan agak dikenali ramai.
Shahrir dan Nur Jazlan turut mengakui mereka memang mengenali Florence Goh sebagai individu yang banyak terlibat dengan aktiviti amal, namun tidak menyedari atau mengetahui kaitannya dengan Godfrey.
Jadi, siapa Florence Goh ini?
Adakah beliau kenalan rapat Najib Razak dan mempunyai hubungan tertentu dengan Perdana Menteri?
Bagaimana Florenca Goh dan Godfrey boleh membayar bagi pihak kerajaan Malaysia kepada pelobi di AS jika beliau tidak mengenali Najib?
Atau adakah orang-orang tertentu di Pejabat Perdana Menteri yang mempunyai hubungan rapat dengan wanita misteri itu?
Mengharapkan Najib atau Pejabat Perdana Menteri bersikap telus, jujur dan berterus-terang mengenai Florence Goh dan Godfrey barangkali terlalu sukar melihatkan kecenderungan beliau kebelakangan ini yang lebih gemar mendiamkan diri atau tidak menjawab banyak isu yang timbul dalam negara.
Lihat saja rentetan isu yang timbul kebelakangan ini berkaitan 1MDB dan SRC International serta bayaran-bayaran tertentu yang didedahkan dibayar menggunakan akaun bank peribadinya, Najib hanya menunjukkan “muka sardin”, membisu dan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Kadang-kadang ia membuatkan kita terfikir, jenis Perdana Menteri apa yang kita ada sekarang ini?
Dalam soal ini, sebelum lebih banyak perkara didedahkan mengenai Florence Goh atau Godfrey, sama ada oleh media di AS atau Rafizi, wanita tersebut perlu segera tampil menjelaskan siapa dirinya yang sebenar kepada rakyat.
Rakyat berhak tahu mengenai urusniaga dan bayarannya yang telah dibuatnya kepada pelobi AS itu dan untuk tujuan apa kerja-kerja lobi itu dilakukan.
Adakah lobi itu turut melibatkan kes 1MDB atau merancang suatu pertemuan di mana Najib akhirnya dapat berselfie dengan Trump?
Florence Goh tidak harus terus berdiam diri atau menyembunyikan dirinya di ketika rakyat semakin ramai bercakap mengenai dirinya, tambahan lagi gambarnya pun sudah mula tersebar luas sekarang ini.
Selagi beliau tidak memunculkan diri dan enggan berterus-terang mengenai urusniaganya bagi pihak Malaysia dengan pelobi di AS itu, ia hanya menambahkan lagi minat pelbagai pihak untuk terus mengorek mengenai siapa dirinya yang sebenar.
– http://ift.tt/2raQRuo
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ra97Dc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR
Itulah artikel FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/florence-goh-perlu-tampil-dedah-siapa.html
0 Response to "FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR"
Catat Ulasan