Tajuk : FMLLP Perlu Rujuk KAFA Sebelum Keluarkan Kenyataan
link : FMLLP Perlu Rujuk KAFA Sebelum Keluarkan Kenyataan
FMLLP Perlu Rujuk KAFA Sebelum Keluarkan Kenyataan
KOTA BHARU – Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) perlu bersikap profesional terhadap kemelut pengambilan pemain import yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata badan pengurusan Liga Malaysia (Liga-M) itu seharusnya merujuk kepada persatuannya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pengambilan dua pemain import baharu pasukan Kelantan.
“Boleh tidak kalau FMLLP tanya dahulu KAFA kedudukan sebenar sebelum buat kenyataan supaya kenyataan itu lebih profesional dan tidak melakukan kenyataan yang salah berkaitan perkara ini,” katanya pada cacatan terbaru di laman Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, FMLLP dilaporkan bertegas tidak akan meluluskan pendaftaran seorang lagi pemain import baharu Kelantan iaitu Syedi L Imam berikutan pihaknya hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan oleh KAFA bagi menyertai pasukan Kelantan.
Malah pemain tersebut tidak boleh diluluskan pendaftarannya untuk beraksi pada saingan Liga M kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan itu berkaitan pembayaran perkara-perkara wajib (tunggakan gaji) masih belum diselesaikan.
Annuar yang juga penaja utama pasukan Kelantan turut menjelaskan wang yang diterima daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hasil perpindahan penyerang import mereka sebelum ini iaitu Mohammed Ghaddar digunakan untuk pembayaran tunggakan gaji pemain dan menandatangani pengganti pemain tersebut iaitu Abou Bakr Al Mel bukan digunakan untuk membawa masuk Seydi L Imam.
“Tahukan FMLLP Seydi L Imam dibawa masuk dengan penjimatan tanpa kos tambahan kepada KAFA dan beliau dibawa masuk oleh ejen bagi menggantikan Alessandro Celin yang cedera dan menghadapi masalah kecergasan?
“Tahukan mereka (FMLLP) KAFA membuat penjimatan dengan meminjamkan pemain seperti Pak Nik (Nik Sharul Azim Abdul Halim) bagi memastikan KAFA tidak berbelanja lebih dan beberapa bekas pemain import yang bising mempunyai kes pertikaian bersama KAFA yang sedang melalui satu proses tertentu yang ia adalah pilihan mereka sendiri,” katanya.
Annuar turut meminta FMLLP menjelaskan tindakan pihak tersebut yang sebelum ini membenarkan pemain import dari Lubnan iaitu Abou Bakr didaftarkan untuk menyertai Kelantan.
“Kalau Abou Bakr dibenarkan daftar, apa asas mahu menghalang Seydi L Imam sedangkan peraturan jelas menyebut menandatangani pemain yang tidak melibatkan kos tambahan dan penjimatan adalah hak pasukan atau FMLLP mahu kelab terus buang wang dengan kekalkan pemain yang sakit, supaya TRW yang sudah dipotong mata (enam mata) terus ranap dan tidak mampu bersaing, itukah arahan kerja FMLLP terhadap ahli gabungan.
“Mengapa pula FMLLP membenarkan pemain KAFA berpindah kalau KAFA tak dibenar ganti mereka? Tolong jawab secara profesional,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbpA8C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article FMLLP Perlu Rujuk KAFA Sebelum Keluarkan Kenyataan
Anda sedang baca artikel FMLLP Perlu Rujuk KAFA Sebelum Keluarkan Kenyataan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/fmllp-perlu-rujuk-kafa-sebelum.html
0 Response to "FMLLP Perlu Rujuk KAFA Sebelum Keluarkan Kenyataan"
Catat Ulasan