Loading...

Gabungan penyanyi dua negara

Loading...
Gabungan penyanyi dua negara - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gabungan penyanyi dua negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gabungan penyanyi dua negara
link : Gabungan penyanyi dua negara

Baca juga


Gabungan penyanyi dua negara

Walaupun sebelum ini ada konsert menggabungkan penyanyi dua negara kurang mendapat sambutan, ia tidak menghalang penganjur untuk mengadakan konsert gabungan penghibur Malaysia dan Indonesia.

Konsert Nova bakal berlangsung Ogos nanti membariskan penyanyi popular Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter serta tiga penyanyi terkenal Indonesia, Judika, Cakra Khan dan Syahrini.

Lebih menarik konsert anjuran Suasana Enak Sdn Bhd itu turut bekerjasama dengan Segitiga Asia yang juga syarikat milik Azlan.

Ditemui di sesi fotografi khas diatur bersama Faizal Tahir, Azlan akui teruja apabila turut sama menganjurkan konsert yang dianggap mega kerana menampilkan gabungan penyanyi dua negara.

Katanya, Konsert Nova dianggap istimewa kerana sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

“Saya yakin kerjasama diberikan semua pihak menganjurkan Konsert Nova akan memastikan kejayaannya.

“Syarikat saya menjadi penganjur bersama tidak mahu ada masalah timbul sepanjang konsert berlangsung.

“Kalau boleh, andai tidak sempurna sekurang-kurangnya ia antara konsert terbaik dari sudut penganjuran,” katanya.

Kata Azlan atau Nor Azlan Rosle, peringkat awal mereka akan memastikan segala perkara yang boleh mendatangkan masalah dapat diselesaikan terlebih dulu.

“Semangat kerjasama dalam satu pasukan sangat penting pada saya dan kini persiapan giat dijalankan,” katanya.

Mengenai persediaan dilakukannya dalam menjayakan konsert itu nanti, Azlan akui terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

Mula dikenali sebagai vokalis Meet Uncle Hussain dan popular dengan lagu La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu, kata Azlan, tidak banyak yang dilakukannya buat masa ini.

“Bukannya apa, saya tidak mahu buang tenaga awal-awal. Begitupun dari sudut jasmani saya pastikan cukup cergas untuk mengadakan persembahan nanti. Saya sudah mula bersenam untuk meningkatkan stamina,” katanya.

Bagi menarik minat umum membeli tiket yang dijual sekarang, sebagai penyanyi serta penganjur bersama, Azlan berkata, Konsert Nova cuba memberikan sesuatu berbeza.

“Kita cuba menampilkan elemen yang tidak pernah dilakukan mana-mana konsert yang pernah diadakan di Malaysia. Dari sudut konsep reka bentuk pentas yang dirancang ia lebih moden dan bakal selari dengan susunan muzik bakal dibuat pengarah muziknya, Aubrey Suwito,” katanya.

Mengenai isu Konsert Nova berkongsi tarikh dengan Konsert Datuk Sheila Majid, kata Azlan, perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu.

“Saya percaya kedua-dua konsert bakal berlangsung mempunyai kekuatan dan tarikan tersendiri. Malah muzik dipersembahkan juga berbeza. Persembahan bakal diadakan nanti mempunyai kelompok peminat berbeza.

“Apatah lagi lokasi konsert juga berbeza di mana Konsert Nova akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam dan konsert Sheila di Stadium Negara, di ibu kota,” katanya.

Faizal enggan lepas peluang

Gandingan Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter pastinya ditunggu-tunggu peminat yang inginkan persembahan mantap daripada mereka.

Malah Faizal akui tarikan kuat Konsert Nova membuatkan dia terpaksa membatalkan banyak perkara yang dirancang sebelum ini hingga merombak semula jadualnya untuk memberi laluan kepada persiapan konsert ini.

Faizal, 38, akui pada mulanya enggan membabitkan diri dalam konsert ini kerana jadualnya yang sangat padat termasuklah persiapan untuk konsert solonya.

Bagaimanapun katanya, apabila difikirkan semula dia rasa satu kerugian pula kalau tidak turut serta kerana turut menampilkan teman dari seberang, Judika dan Chakra Khan.

“Sewaktu mereka tawarkan kepada saya memang saya tidak terus terima tetapi akhirnya bersetuju. Saya rasa rugi kalau tidak terbabit.

“Sebenarnya saya dan pihak pengurusan syarikat rakaman Warner Music mempunyai perancangan untuk membuat konsert jelajah.

“Selain dapat berkongsi pentas dengan Judika dan Chakra Khan, saya juga sifatkan persiapan untuk menjayakan konsert ini sebagai latihan pemanas badan sebelum tampil dengan konsert solo,” katanya.

Kata Faizal, dia perlu berbincang semula dengan mereka apabila membuat keputusan untuk menjayakan Konsert Nova.

“Pada saya, peluang ini tidak boleh dilepaskan kerana dapat berkongsi pentas dengan penyanyi yang bagus. Malah untuk ini juga, saya terpaksa ketepikan kepentingan keluarga.

“Ikutkan saya mempunyai perancangan bersama keluarga pada tarikh itu tetapi saya dahulukan konsert ini dan anggap ia pengorbanan saya untuk peminat.

“Segala jadual kerja dan personal juga terpaksa dirombak kembali untuk menjayakan konsert ini,” kata bapa lima anak ini.

Walaupun sudah lama menyanyi dan mengadakan persembahan, Faizal yang kini popular dengan lagu Dirgahayu dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Negaraku (Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne) akui perasaan gemuruh tetap ada tetapi waktu sama anggap pembabitannya dalam konsert ini sebagai tempat untuk melatih diri.

“Saya tahu kemampuan diri. Saya bukanlah penyanyi yang menjaga regim dan mampu beraksi dalam tempoh panjang terus menerus seperti Jaclyn Victor atau Siti Norhaliza. Sudah tentu Konsert Nova menjadi latihan yang bagus untuk saya,” katanya.

Pada malam konsert itu nanti, Faizal akan mendendangkan tujuh lagu dan satu lagu duet. Katanya, untuk mendendangkan tujuh lagu sebenarnya seseorang penyanyi itu harus cukup rehat dan tidak boleh berada dalam situasi tertekan.

“Saya cuba pastikan apabila konsert semakin hampir, dapat menyudahkan beberapa tugasan yang diatur sebelum ini .

“Sekarang ini komitmen saya terlalu banyak membabitkan syarikat rakaman Faithful Music, promosi album terbaru, Anatomi dan juga kerja amal yang akan dilakukan menerusi iAMFAITHMEN.

“iAMFAITHMEN saya asaskan tahun lalu sebagai badan pengantara bagi memudahkan masyarakat yang ingin menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya.

The post Gabungan penyanyi dua negara appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMTUpV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Gabungan penyanyi dua negara

Itulah artikel Gabungan penyanyi dua negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gabungan penyanyi dua negara dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/gabungan-penyanyi-dua-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gabungan penyanyi dua negara"

Catat Ulasan

Loading...