Loading...

Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton

Loading...
Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton
link : Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton

Baca juga


Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton


PUTRAJAYA – DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) untuk pembelian 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton).

Kedua-dua syarikat tersebut menandatangani perjanjian yang membolehkan Geely membeli kepentingan Proton dengan disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini pada Rabu.

Perjanjian membolehkan Proton mendapat akses pelbagai platform dan enjin di bawah Geely selain menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk liputan kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.

Malahan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, jenama Proton akan terus kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

“Hasrat kami untuk memastikan kebangkitan semula nama Proton kerana ia merupakan jenama kereta kebangsaan pertama dengan sejarah lebih 30 tahun sekali gus menjadi pemangkin pertumbuhan,” jelasnya.

Proton juga akan menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta ternama dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.

Baca: Cerita Jahat Konon Proton Akan Jadi Ploton

Geely ketika ini turut menguasai firma Geely Automobile yang berpangkalan di Hong Kong dan kumpulan automotif terkenal Volvo Car Corporation dari Sweden selain The London Taxi Company di Britain.

Media melaporkan, pembelian membolehkan Geely mengoptimumkan kilang Proton di Tanjung Malim, Perak yang setakat ini hanya mengeluarkan kira-kira 150,000 unit kereta jenama tempatan itu setahun.

Keadaan ‘lesu’ tersebut menyebabkan operasi kilang berkenaan berada jauh di bawah tahap kemampuan sepatutnya kerana ia sebenarnya direka untuk menampung kapasiti maksimum sejuta unit kereta setahun.

Usaha pencarian rakan kerjasama strategik asing untuk Proton bermula susulan laporan prestasi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2016 lalu menyaksikan ia mencatatkan kerugian bersih lebih RM1 bilion.

Ia berjaya menarik tujuh firma automotif antarabangsa melakukan proses bidaan dengan pengeluar jenama Peugeot dan Citroen iaitu PSA dari Perancis menjadi pihak terakhir yang bersaing sengit dengan Geely.

Sementara itu, Kerajaan Malaysia turut membantu Proton dengan menyuntik dana kecemasan berjumlah RM1.5 bilion sepanjang tahun lalu khasnya bagi membantu pihak vendor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qagrj9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton

Itulah artikel Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/geely-china-muktamad-beli-499-saham.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Geely China Muktamad Beli 49.9% Saham Proton"

Catat Ulasan

Loading...