Loading...

Gila Mahal Gila-Gila!

Loading...
Gila Mahal Gila-Gila! - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gila Mahal Gila-Gila!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gila Mahal Gila-Gila!
link : Gila Mahal Gila-Gila!

Baca juga


Gila Mahal Gila-Gila!



PETALING JAYA: Koleksi majalah humor Gila-Gila yang popular di era 80-an kini ditawarkan pada harga hampir mencecah RM5,000.

Jangan anggap ia sesuatu yang pelik atau kelakar, sebaliknya ia wajar dilihat sebagai pengiktirafan kepada majalah ini dan kartunis yang pernah melalui zaman kegemilangan suatu ketika dulu.

Tawaran itu dibuat seorang peniaga dalam talian yang hanya mahu dikenali sebagai Kiey menerusi Facebook apabila dia mempromosi dua kotak majalah lama, kebanyakannya majalah Gila-Gila pada harga RM4,900.

Katanya, koleksi tersebut diperolehi daripada seorang 'makcik', yang mengumpul majalah tersebut dan beberapa komik lain sejak zaman mudanya.

Selain Gila-Gila, beliau juga mengumpul majalah Geli Hati, Batu Api, Apo, Ujang dan beberapa komik lain.

"Ada pengumpul, seorang makcik beri kepada saya. Ada lebih dua kotak majalah lama-lama.

"Semua tu koleksinya masa muda-muda, anak-anak nak kemas rumah jadi dia hantar koleksinya kepada saya..dia bagi separuh dulu," katanya.

Kiey yang sepenuh masa bekerja sebagai peniaga barangan bundle berkata, koleksi tersebut sesuai untuk pengumpul tegar yang tahu betapa bernilainya majalah ini.

Menurut Kiey, tidak seperti sebelum ini, kali ini beliau akan menjual koleksi tersebut secara pukal kepada pengumpul yang benar-benar berminat.

"Sebelum ni ada juga saya jual, tapi sikit-sikit. Kali ni saya tak jual satu-satu, harga saya letak satu kotak terus.

"Kalau tak ada nak beli sekarang, saya percaya harganya boleh naik lebih tinggi nanti," katanya.

Bercerita lanjut tentang koleksi majalah ini yang tidak keterlaluan dikatakan telah menjadi koleksi berharga, Kiey berkata, keadaannya masih elok walaupun berusia lebih 40 tahun.

Jelasnya koleksi yang mahu dijual itu bermula dari 1976 sehingga era 90-an.

"Majalah tu keluaran 1976, 1977, tulisan jawi pun ada, maksudnya lama dah tu.

"Bila kata koleksi lama, maksudnya ada yang masih OK dan tidak. Mungkin ada helaian tercabut tapi keseluruhannya masih elok dan boleh dibaca," katanya.

Majalah Gila-Gila kini menjadi nostalgia apabila era ini ramai memilih bacaan dalam talian.

Pada 1 April 2017, Gila-Gila menyambut ulang tahun ke-39 sekali gus kekal sebagai peneraju Humor Nasional. - Mstar

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rm6DCh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Gila Mahal Gila-Gila!

Itulah artikel Gila Mahal Gila-Gila! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gila Mahal Gila-Gila! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/gila-mahal-gila-gila.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gila Mahal Gila-Gila!"

Catat Ulasan

Loading...